Zedler (kiri) di majlis pelancaran ibu pejabat barunya di Petaling Jaya, Selangor semalam. - Foto Supian Ahmad/BH
ALTONA Diagnostics, syarikat diagnostik Jerman, memilih Malaysia sebagai pusat operasi rantau Asia Pasifik menerusi pembukaan ibu pejabat barunya, ADT Biotech Sdn Bhd.
Pengarah Urusannya, Dr Finn Zedler, berkata pemilihan Malaysia dibuat susulan pencapaian saintifik negara ini yang mengagumkan selain memiliki ramai tenaga pakar dalam bidang diagnostik.
Selain itu, jelas beliau, sokongan berterusan daripada BiotechCorp kepada syarikat serta persekitaran perniagaan yang kondusif turut mendorong pihaknya untuk membuka ibu pejabat di sini.
“Kami merancang untuk mengadakan kerjasama unik dengan beberapa hospital dan institusi di Malaysia dan rantau ini.
“Namun begitu, kini ia masih dalam peringkat awal perbincangan justeru saya tidak dapat menamakan hospital atau institusi yang akan terbabit,” katanya pada majlis pelancaran ibu pejabat barunya itu di Petaling Jaya, Selangor semalam.