SAYA antara pakar perunding senior di Kementerian Kesihatan. Berkhidmat sebagai pakar melebihi 10 tahun dan baru saja mendapat UD54.

Selain merawat pesakit, saya perlu membimbing, melatih pakar baru, doktor prapakar, doktor dan doktor siswazah. Ramai doktor dilatih berada pada tangga gaji sama atau lebih daripada saya selepas PTK.
Sebagai pakar senior, kami bersusah-payah melanjutkan pelajaran ke tahap yang tidak sanggup ditempuh kebanyakan doktor dan berkhidmat dengan kerajaan walaupun ramai yang tidak sanggup melakukannya. Kalau diikutkan perkhidmatan dalam kerajaan pula melebihi 24 tahun.

Jika pakar senior berada setara doktor lain, tidak hairan kelak kita kekurangan pakar kerana tiada kelebihan berbanding doktor biasa. Semakin ramai meletak jawatan sebaik pewartaan pakar.

Harap kerajaan tidak terlepas pandang pakar senior supaya martabat kami tidak direndahkan berbanding doktor kami latih.

PAKAR SENIOR TUA,
Selangor.