login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:30
16:47
19:29
20:39
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 23 Februari 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Sastera
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Galeri: 'Aku bebas berkarya'
Oleh Shuhaniza Said
bhsastera@nstp.com.my
2011/01/14

Tiga puluh tiga lukisan, arca dan video dipamerkan di Pelita Hati

PAMERAN Pelita Hati Open Show 2010 di Galeri Seni Pelita Hati, Kuala Lumpur, sehingga 22 Januari ini, menampilkan 33 karya merangkumi lukisan, arca dan video yang tidak terikat dengan tema dan teknik yang memperlihatkan kebebasan artis mencurahkan idea dalam karya seni terbabit.
Pengunjung akan terpegun dan kagum dengan kehalusan karya seni dengan pelbagai teknik dan media seperti cat air, cetakan dan ukiran, sekali gus memberikan pengalaman menarik untuk menghayati keindahan dan kehalusan karya seni artis baru yang setanding seniman profesional.
Pengarah Urusan Galeri, Raja Annuar Siffudin, berkata pameran itu tidak mengehadkan tema, teknik dan media untuk menggalakkan artis menghasilkan karya terbaik dan menarik serta mempunyai keunikan dan makna tersendiri yang mampu menggamit perhatian pengunjung.

“Daripada keseluruhan karya yang dipamerkan, enam karya iaitu Block IV, Old Passion, Interpretasi SI EF SI, Spiral of Love, Field of Shangrilla dan persembahan video dari kumpulan Rupajiwa dipilih sebagai karya terbaik kerana kreativiti penghasilan, keaslian serta media yang digunakan bersesuaian dengan tema karya itu sendiri.

“Melalui karya seni yang dipamerkan ini juga, kami berharap pengunjung menikmati keindahan setiap karya selain melihat dan menilai sendiri karya seni dari artis baru yang nyata tidak mengecewakan, sebaliknya mampu berdiri setanding artis profesional yang lain,” katanya kepada Galeri, baru-baru ini.

Lukisan Old Passion karya Mohd Firdaus Ismail yang mendapat inspirasi daripada pelukis Inggeris yang terkenal, William Hogarth itu, mengangkat peribahasa tua-tua keladi sebagai tema karyanya.
“Tema peribahasa ini berdasarkan pemerhatian saya terhadap sebahagian golongan berusia yang sering berusaha untuk menjadi muda daripada segenap aspek, manakala teknik cetakan digunakan supaya tema lebih menonjol.

“Karakter wayang kulit dalam karya saya itu melambangkan watak Rawana yang mewakili sesuatu objek atau perkara yang dikawal,” katanya.

Karya, Spiral of Love oleh Rahman Amin yang menjadi hasil kajian dan penyelidikan selama tujuh tahun dalam bidang Corak Geometri Islam itu, menampilkan tulisan khat yang mengandungi makna tersirat dan meluahkan keindahan serta kehalusan unsur seninya.

Antara karya lain yang menarik ialah Rubber Plantation Series II oleh Norkhazilah Idris yang menggunakan bahantara bitumen, akrilik dan dai batik dengan menggarap keindahan pokok getah secara kreatif dan menghantar makna mendalam tentang kegigihan penoreh getah mencari rezeki.

Pameran ini dilihat sebagai satu perantara untuk mengetengahkan bakat baru yang akan menyinar pada masa hadapan di samping melahirkan lebih ramai artis yang berkebolehan dalam menguasai pelbagai teknik penghasilan karya seni.

INFO: Pelita Hati Open Show 2010
Tempat: Pelita Hati Gallery of Art, 1st floor, No 8 Jalan Abdullah, Off Jalan Bangsar, Kuala Lumpur
Tarikh: Sehingga 22 Januari 2011
Telefon: 03-20923380/03-22829206.


SERTAI KAMI DI FACEBOOK
iklan iklan
iklan

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker