KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air dijadual berlaku di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur berikutan kerja penyelenggaraan dan menaik taraf perkhidmatan bekalan mulai 7 hingga 12 Jun.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Abdul Halem Mat Som dalam satu kenyataan berkata, pengguna dinasihatkan supaya menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang gangguan itu.
Beliau berkata, beberapa kawasan di Petaling Jaya, Klang dan Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air pada 7 Jun (Khamis) jam 9 malam hingga 5 pagi keesokan harinya 8 Jun 2012 (Jumaat), berikutan kerja penggantian injap kupu-kupu 600MM diameter di Glenmarie berhampiran Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur.


Kawasan yang terbabit ialah Taman Mesra, Petronas Batu 3 Lama dan sekitarnya, Institut Kemahiran Mara, sebahagian Kawasan Perindustrian Glenmarie, Jalan U1/73, U1/74 dan U1/78, Taman Glenmarie Estate, Jalan U1/84 – U1/85, Flat Seri Melewar, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Monfort Boys School, Petronas Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Jaya dan Jalan U2/1a sehingga U2/1k.

Pada 7 Jun (Khamis) jam 3 petang hingga 3 pagi keesokan harinya 8 Jun (Jumaat), kerja penggantian injap sesekat 600MM diameter dan injap udara 100MM diameter dijalankan di Outlet Kolam Air Lipat Kajang.

Kerja itu akan mengakibatkan gangguan bekalan air di Taman Petaling, Taman Selatan, Taman Chi Liung, Taman Palm Groove, Flat Perumahan Teluk Gedung Indah A, Rumah Teres Teluk Gedung Indah A, Flat Pandamaran Indah, Kampung Pendamar, Persiaran Raja Muda Musa, Telok Gadong Kecil dan Teluk Gedong Besar.

Gangguan juga akan berlaku di Kampung Raja Uda, Jalan Tengku Badar, Jalan Kastam, Pandamaran, Pandamaran Jaya, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Selat Selatan, Sobena Jaya, Taman Gembira, Taman Radzi, Taman Kampung Idaman, Jalan Raja Lumu dan sekitarnya serta Taman Perindustrian Pandamaran Jaya.
Lokasi lain yang turut terbabit adalah sekitar Jalan Uganda; Taman Menara Maju; Jalan Sungai Jati; Jalan Raja Nong; Taman Berembang; Jalan Seruling 59; Taman Klang Jaya; Taman Desawan; Taman Desa Utama; Jalan Tun Sambathan; Jalan Kem; South Port; Hospital Bersalin Razif dan Perindustrian Pandamaran.

Sementara itu pada 11 Jun (Isnin) jam 8 malam hingga 5 pagi keesokan harinya 12 Jun (Selasa), bekalan air di beberapa kawasan di Kuala Lumpur turut akan terjejas berikutan kerja pemasangan dua injap kupu-kupu baru bersaiz 450MM di paip Outlet Kolam Sedutan Pudu Ulu Lama.

Kawasan yang terbabit adalah Jalan Tenteram/ Jalan Yaacob Latif, Taman Bukit Ria, Taman Pertama, Taman Desa Aman, Taman Cheras Makmur, Taman Sri Bahtera, Taman Rajawali, Taman Bukit Mewah, Jalan Kuari Bukit A dan sebahagian Kampung Cheras Baru.

Kawasan lain yang turut terjejas adalah Kampung Semerah Padi, Kampung Bukit Tangki Air, Hospital Pantai Cheras, Caring Dialysis di Taman Midah, S H Quality Care Sdn Bhd di Taman Midah, seluruh kawasan Taman Midah dan seluruh kawasan Taman Cheras.

Manakala, pada tarikh yang sama dari jam 9 malam hingga 5 pagi keesokannya, beberapa kawasan di Kuala Langat dijangka terjejas akibat kerja pemasangan meter elektromagnetik serta sistem Bypass 600MM diameter di Kampung Tumbuk, Tanjung Sepat.

Kawasan yang terbabit iaitu Kampung Tembok, Kampung Tembok Darat, Kampung Tembok Pantai, Kampung Baru Tanjung Sepat, Kampung Tanjung Sepat Darat, Kampung Tanjung Sepat Indah, Taman Mutiara, Taman Pelangi, Taman Tanjung, Taman Harmoni, Pekan Tanjung Sepat, Kilang Ais Atlas, Kampung Kundang, Kampung Batu Laut dan Kampung Tanjung Layang.

Kawasan lain yang turut terjejas adalah Ladang Bedford, Kampung Kundang Pantai, Ladang Batu Untung, Telok Gadong, Kampung Orang Asli Tanjung Sepat, Taman Batu Untung, Taman Gadong, Klinik Tanjung Sepat, Kilang Happy Alliance, Kampung Kanchong Laut,Kampung Endah, Kampung Tali Air, Tongkah, Kampung Air Tawar, Taman Seri Bayu, Taman Desa Tongkah, Taman Kanchong Laut, Taman Morib Indah, Taman Morib, Taman Seri Desa, Hotel Gold Coast Morib, Hotel Impian Morib, Rumah Peranginan Kerajaan Pantai Morib dan Pantai Morib turut mengalami gangguan bekalan.

Abdul Halem berkata, pengguna yang terbabit dengan gangguan sementara diminta untuk bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL, dan hantar ke 39222.

Katanya, informasi juga boleh diperoleh dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan Facebook dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.

- BERNAMA