login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
 
SMS waktu solat
... kawasan lain
Sabtu , 02 Ogos 2014
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
DrdiBM
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Gatal-gatal seluruh badan
Oleh Suzan Ahmad

2011/03/06

Pil perancang, hempedu dan hormon punca alahan ibu hamil

SALAM Dr Suhami, saya berusia 28 tahun dan sedang hamil 31 Minggu. Sejak tiga hingga empat minggu kebelakangan ini, saya gatal-gatal pada hampir seluruh anggota badan seperti tapak kaki, kaki, tapak tangan, tangan, muka, leher, kulit kepala, belakang badan, punggung dan sekitar alat sulit sehingga mengganggu aktiviti seharian. Selepas berjumpa doktor dan mengambil contoh darah, saya disahkan tidak mengalami masalah hati. Jadi doktor hanya memberi saya pil untuk menghilangkan gatal-gatal. Apakah punca kegatalan ini dan mengapa ia hadir ketika kandungan kian sarat? Adakah ia akan memberi kesan kepada kandungan dan apakah cara rawatan terbaik?

DIANA,
KLANG
PUAN Diana, saya rasa ini mungkin anak pertama anda. Semasa mengandung banyak perubahan-perubahan anatomi dan fisiologi berlaku. Ini adalah fenomena biasa dan adalah satu adaptasi semasa mengandung dan persediaan untuk bersalin.
Salah satu masalah yang kadangkala timbul semasa mengandung adalah kegatalan pada seluruh badan. Sebab itu saya menjangkakan ini anak pertama Diana kerana masalah kegatalan semasa mengandung akan berlaku kembali untuk anak-anak yang akan datang.

Ada dua jenis kegatalan iaitu kegatalan yang tidak mempunyai alahan pada kulit dan keduanya kegatalan yang mempunyai alahan pada kulit.

Kegatalan tanpa alahan kulit adalah masalah puan Diana. Ia dikenali sebagai Intrahepatic Chlolestatic of pregnancy (ICP). Punca sebenar tidak diketahui tetapi hormon estrogen mungkin menjadi punca utama. Asid hempedu yang berlebihan akan menyebabkan kegatalan pada kulit. ICP berlaku selalunya pada trimester ketiga dan salah satu punca penyakit kuning semasa mengandung. Ujian darah mungkin menunjukkan peningkatan paras asid hempedu dalam darah dan kegatalan ini hilang dalam masa sebulan selepas bersalin.

Bagi kes-kes yang tidak serius, rawatannya adalah krim antigatal bagi mengurangkan masalah ini. Tetapi untuk kes-kes yang teruk, Ursodeoxycholic acid (UDCA) digunakan. UDCA ini dapat mempercepatkan perkumuhan asid-asid hempedu daripada hati. Ia cepat dan selamat di gunakan. ICP ini 60 hingga 70 peratus, akan berulang pada kandungan yang akan datang. Jika puan menggunakan pil perancang, mungkin kegatalan boleh berlaku.
Kegatalan yang datang bersama alahan kulit juga berlaku pada peringkat akhir kandungan. Alahan ini merupai ruam-ruam besar dan berlaku pada bahagian anggota badan yang terdedah kepada cahaya matahari. Salah satu jenis ini dipanggil Pemphigoid Gestationis. Alahannya lebih kepada bahagian dada dan perut.

Kesannya kepada kandungan adalah amat kecil seperti anak lemas, kematian, kelahiran pramatang atau tidak cukup bulan dan kegatalan berlaku bersama jaundis atau demam kuning.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker

Kembali ke atas