Projek “ProBio3” bermula awal Julai dan dibiayai bersama program rangsangan ekonomi kerajaan Perancis bertujuan menggunakan bahan tradisi jerami untuk membangunkan bahan baru biofuel yang boleh digunakan dalam campuran bersama minyak tanah.
“Kita sudah mengetahui bagaimana untuk membina satu barisan pengeluaran asas tetapi kita perlu bergerak ke hadapan dalam bidang industri,” katanya.
“Kita perlu terjemahkan apa yang dilakukan dalam makmal ke alam sekitar sebenar sambil meningkatkan keuntungan dan kecekapan.”
Kurang kos
Langkah menggunakan bahan asas jerami dan habuk kayu adalah satu sumber bahan bakar terbaru dalam satu siri pencarian biofuel bertujuan mengurangkan kos dan pencemaran bahan bakar.
Setakat ini kebanyakan usaha adalah berdasarkan pengeluaran berasaskan pertanian, meningkatkan kebimbangan mengenai kurangnya bahan makanan berikutan kemarau.
Alternatif bahan api
Tetapi pembuat Eropah, Airbus, dari penyokong program percaya bahawa sumber habuk kayu dan sisa buangan pertanian boleh menjadi alternatif sumber bahan api masa depan.
Dengan belanjawan sebanyak 24.6 juta euro (RM98.6 juta) sepanjang lapan tahun, ProBio3 bertujuan mewujudkan rangkaian pengeluaran berkeuntungan untuk minyak hidroproses, sejenis biofuel yang diberikan sijil oleh pertubuhan standard antarabangsa ASTM sebagai boleh digunakan bagi penerbangan dengan kombinasi minyak tanah.
Bahan bakar dibuat dari kayu dan jerami mungkin pelik dengan buatan manusia yang paling melampau dalam enjin jet moden di mana suhu boleh mencecah 1,600 darjah Celsius. Tetapi saintis berkata mereka sudah mengetahui asas dalam proses itu. - Agensi
