login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
 
SMS waktu solat
... kawasan lain
Jumaat , 25 Julai 2014
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
DrdiBM
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Haid singkat normal

bminggu@bharian.com.my
2010/05/23

pix_gal0
SOALAN:

Doktor, saya berusia 25 tahun, berat 70 kilogram dan tinggi 170 sentimeter. Kitaran haid saya cuma tiga hari saja dan selepas itu hanya ada sedikit titisan seperti warna coklat yang keluar setiap kali membuang air kecil. Ia berlaku selama empat atau lima hari.
Saya ingin tahu, adakah saya perlu mengambil pil perancang bagi melancarkan haid saya? Jika ya, adakah berat badan akan meningkat apabila mengambil pil perancang? Seperkara lagi, adakah masalah ini akan mengganggu tahap kesuburan saya apabila saya berkahwin nanti?
Gadis Keliru

JAWAPAN


Pada pendapat saya, kitaran haid saudari adalah normal. Cuma, saya tidak pasti apakah jangkaan saudari mengenai haid yang normal. Haid yang dianggap normal adalah darah haid yang habis dalam jangka masa tujuh hingga 10 hari maksimum.

Adalah normal bagi haid banyak pada hari pertama sehingga hari ketiga kemudian menjadi sedikit dan habis dalam masa seminggu. Mungkin saudari membandingkan haid sekarang dengan darah haid yang datang sebelum ini, yang mana haid sekarang menjadi semakin sedikit.
Bagi saya saudari tidak perlu risau kerana haid ini masih lagi bersifat normal dan tidak pun menjejaskan peluang untuk saudari hamil apabila berkahwin nanti. Justeru, saudari tidak perlu mengambil pil perancang bagi melancarkan lagi haid.

Pil perancang elok bagi wanita yang kitaran haid mereka tidak menentu, terlalu panjang atau banyak. Pil perancang tidak akan membanyakkan jumlah haid yang turun semasa haid tetapi sebaliknya ia akan mengurangkan lagi haid.

Ini terkecuali sekiranya saudari ingin menggunakan pil perancang ini sebagai kaedah untuk merancang keluarga selepas berkahwin, iaitu sekiranya saudari dan suami belum bersedia untuk menerima cahaya mata.

Sekiranya saudari berasakan berat badan sekarang melebihi berat sebelum ini, maka ia mungkin juga berkemungkinan menjadi punca haid menjadi kurang. Oleh itu, usaha mengurangkan berat badan boleh menolong saudari untuk mendapatkan haid yang lebih baik.

Pil-pil perancang zaman sekarang tidak membuatkan seseorang itu menjadi gemuk kerana formulasi hormon-hormon ini adalah kecil dan hormon progestogennya pula adalah hormon generasi terbaru. Hormon ini mempunyai kurang kesan sampingan.

Kesimpulannya saya rasa masalah saudari tidak mengganggu tahap kesuburan saudari. Sekiranya saudari tidak hamil selepas berkahwin selama 12 bulan, berjumpalah doktor kerana mungkin ada perkara lain yang menjadi puncanya.

Jawapan disediakan;
Dr Suhaimi Isa, Pakar Runding Perbidanan & Sakit Puan, Hospital Pantai Ampang.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker

Kembali ke atas