login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
 
SMS waktu solat
... kawasan lain
Jumaat , 25 April 2014
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
DrdiBM
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Haid tak teratur


2011/01/09

SAYA mempunyai masalah kitaran haid yang tidak teratur sejak sekolah menengah lagi. Setelah berkahwin saya pernah berjumpa pakar sakit puan dan membuat imbasan, hasil ujian darah menurut doktor hormon badan saya tidak  stabil. Adakah ini akan menjejaskan peluang saya untuk hamil? 

HANA, KEDAH
Puan Hana, untuk mengandung tidak memerlukan kitaran haid. Puan sering dengar wanita hamil ketika masih menyusukan bayi mereka. Segelintir mereka ini tidak pun mempunyai haid sebelum hamil. Ini kerana penyusuan menyebabkan ovari kurang aktif tetapi kita tidak akan tahu bila ia akan kembali berfungsi semasa penyusuan.
Sememangnya untuk seseorang itu mudah hamil mereka perlu mempunyai kitaran haid yang normal. Ini bermakna haid yang datang setiap bulan tepat pada waktunya. Ini bukan bermakna puan yang tidak mempunyai kitaran yang normal tidak ada peluang langsung untuk mengandung.

Haid mempunyai kaitan dengan berat badan seseorang. Sekiranya seseorang itu obes maka perjalanan haid akan terganggu dan itu juga mengganggu kesuburan mereka. Sekiranya puan mempunyai masalah berat badan saya cadangkan turunkan dulu berat badan ini sehingga haid puan menjadi normal. Mungkin sekitar 10 peratus saja dari berat badan asal. Obesiti juga menyebabkan pengambilan pil kesuburan kurang berkesan.

Saya cadangkan puan terus berjumpa dengan pakar sakit puan untuk membantu puan. Masalah utama yang biasa adalah masalah ovulasi. Gangguan ovulasi kerap berlaku sekiranya haid tidak normal, sukar untuk memastikan dengan tepat waktu subur bila haid tidak menentu. Beberapa ujian darah boleh dilakukan bagi mengetahui sama ada puan subur atau tidak. Selain dari itu suami puan perlu diperiksa sama ada dia mengeluarkan jumlah sperma yang normal. Saluran fallopian perlu diperiksa sama ada ia tersumbat atau tidak dengan kaedah histerosalpingogram (HSG). Jadi saya cadangkan puan berjumpa doktor pakar untuk bantuan kesuburan. Puan masih mempunyai harapan dan mungkin dengan sedikit bantuan puan boleh mengandung.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker

Kembali ke atas