Berikutan itu, beliau meminta semua pihak berhenti menuduh badan eksekutif campur tangan dalam urusan badan kehakiman.
Beliau berkata, ketika menjadi Ketua Hakim Negara bermula 2008, Perdana Menteri atau Menteri Kabinet lain tidak pernah campur tangan atau bertanya mengenai kes yang berjalan di mahkamah negara ini.
Hubungan yang ada antara saya dan Perdana Menteri adalah ketika proses pelantikan hakim, belanjawan untuk badan kehakiman atau urusan lain seperti dalam Perlembagaan, katanya berucap menutup bengkel khas Penggubalan UndangUndang Negara di Parlimen di sini, semalam.
Beliau memberikan contoh kes ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
“Jika ada campur tangan sudah tentu mereka (badan eksekutif) mahu Anwar disabitkan dalam kes itu bagi menghalang dia daripada buat masalah kepada badan eksekutif,” katanya.
Zaki bersara daripada badan kehakiman pada 12 September tahun lalu, ketika berusia 66 tahun.
Beliau yang juga Pengerusi Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam berkata, lebih 90 peratus daripada kira-kira 1,000 maklum balas diterima suruhanjaya itu membabitkan ke-naikan gaji serta elaun kakitangan awam.
“Kita tidak menafikan keperluan kenaikan gaji, namun lebih penting bagaimana kita hendak tambah baik perkhidmatan awam supaya memberikan hanya yang terbaik untuk rakyat.
“Sekiranya perkhidmatan awam lebih baik, lebih cepat dan tepat, kos pengurusan ditanggung kerajaan berkurangan. Jika kos kurang tentu ada ruang dalam belanjawan naikkan gaji, kakitangan awam perlu fikir begitu,” katanya.