KUALA LUMPUR: Harga getah di pasaran getah Malaysia meningkat lebih daripada tiga peratus pada penutup hari ini, ke paras tertinggi dalam tempoh dua bulan, disokong oleh keuntungan besar dalam pasaran ekuiti selepas data dagangan China mencatatkan angka yang kukuh, kata peniaga.

Pada tengah hari, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar
SMR 20 menokok tujuh sen kepada 760 sen sekilogram manakala lateks pukal kekal pada 585 sen sekilogram seperti semalam. Harga penutup jualan tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 bagaimanapun tidak berubah pada 760.5 sen sekilogram manakala lateks pukal sebanyak 585.5 sen sekilogram. - BERNAMA