KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan kegiatan pengambilan untung berterusan, kebanyakannya dalam saham pengguna dan kewangan, kata peniaga.

Selepas menyaksikan dagangan turun naik, indeks FBM KLCI mengakhir dagangan hari ini pada paras harian terendah pada 1,766.33, susut 2.44 mata.
Indeks utama bergerak antara 1,773.07 dan 1,766.33 sepanjang dagangan hari ini.


Saham rugi mengatasi untung pada 621 berbanding 267, dengan 215 kaunter tidak berubah, 477 tidak didagangkan dan 16 digantung.

Antara saham berkaitan pengguna, Carlsberg Brewery dan Dutch Lady Milk Industries masing-masing susut 48 sen dan 42 sen kepada RM16.58 dan RM47.80.

Sementara itu, Hong Leong Bank dan MNRB Holdings turun 36 sen dan 30 sen, masing-masing kepada RM13.82 dan RM3.48.

Mengenai pasaran serantau, seorang peniaga para pelabur kini memantau perkembangan tindakan selanjutnya Rizab Persekutuan AS selepas membelanjakan US$85 bilion sebulan untuk membeli bon bagi menolak kadar faedah dengan harapan merangsang pinjaman dan perbelanjaan.
Di pasaran, Indeks Kewangan susut 28.27 mata kepada 16,820.66, Indeks perladangan meningkat 5.4 mata kepada 8,168.67 manakala Indeks Perusahaan turun 20.12 mata kepada 3,003.66

Indeks FBM Emas berkurangan 53.56 mata kepada 12,324.26, FBMT100 susut 47.06 mata kepada 12,082.21, Indeks FBM Mid 70 turun 165.26 mata kepada 14,313.67 manakala Indeks FBM Ace susut 9.4 mata kepada 4,703.55.

Jumlah dagangan naik kepada 2.31 bilion unit bernilai RM2.36 bilion daripada 2.22 bilion unit bernilai RM3.45 bilion yang dicatatkan pada Jumaat.

Antara saham aktif, Luster Industries menambah dua sen kepada 23.5 sen, Ingenuity Consolidated susut satu sen kepada 11.5 sen manakala Malaysia Airlines turun empat sen kepada 34 sen dan Patimas Computers kekal pada 5.5 sen.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals menokok empat sen masing-masing kepada RM10.22 dan RM6.64 manakala CIMB dan Axiata susut dua sen, masing-masing kepada RM8.26 dan RM6.73.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama melonjak kepada 1.85 bilion unit bernilai RM2.26 bilion daripada 1.76 bilion unit pada Jumaat yang bernilai RM3.37 bilion.

Di pasaran ACE, jumlah dagangan naik kepada 400.06 juta unit bernilai RM88.66 juta daripada the 391.35 juta unit bernilai RM74.09 juta pada Jumaat.

Waran susut kepada 52.53 juta unit bernilai RM 72.48 juta daripada 66.38 juta unit bernilai RM5.89 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menguasai 48.2 juta saham di pasaran utama, barangan perusahaan 767.67 juta, pembinaan 59 juta, dagangan dan perkhidmatan 560.12 juta, teknologi 119.7 juta, infrastruktur 13.1 juta, SPAC 34.72 juta, kewangan 63.22 juta, hotel 895,300 juta, hartanah 159.29 juta, perladangan 18.29 juta, perlombongan 84,700, REIT 8.26 juta dan tertutup/dana 166,300.

- BERNAMA