Penduduk di kedua-dua negeri itu kini boleh membaca pelbagai berita tempatan dalam edisi masing-masing berjumlah 64 muka surat dengan harga RM1.50 sebagai permulaan, disamping bahan berita terkini dan berita Nasional dari Semenanjung yang turut dimuatkan di dalamnya.
Zainul Arifin berkata, pelancaran edisi Sabah dan Sarawak itu adalah gambaran kejayaan NSTP selepas lebih 20 tahun Harian Metro berada di pasaran.
“Ia sesuatu yang tidak pernah kita fikirkan sebelum ini dan bakal meningkatkan edarannya yang mencecah 482,000 pada minggu lalu. Potensi Sabah dan Sarawak amat baik kerana tidak ada lagi akhbar seumpama ini di sana,” katanya.
Mustapha berkata, sebagai permulaan, sejumlah 10,000 naskhah dicetak iaitu 7,000 di Kuching dan 3,000 di Kota Kinabalu selama tiga bulan dan hasilnya menerima tindak balas yang baik dengan jumlah naskhah dikembalikan kurang daripada 10 peratus.
“Selain mengembangkan pasaran sebagai akhbar nombor satu, ia bertujuan merapatkan hubungan penduduk Semenanjung dan Malaysia Timur,” katanya.
