KUALA LUMPUR: Seorang penyokong kerajaan menyarankan umat Islam di negara ini memboikot barangan keluaran Sweden sebagai bantahan terhadap tindakan tiga akhbar negara itu menyiarkan lakaran karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W.
Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berkata kerajaan Sweden perlu memohon maaf kepada umat Islam di seluruh dunia kerana kejahilan warganya iaitu pelukis Lars Vilks yang jelas tidak menghormati agama Islam. "Mereka seharusnya memahami perasaan penganut agama lain dalam memastikan keseimbangan berterusan dalam setiap perkara," katanya ketika membahas usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini.
Lakaran karikatur berkenaan yang pada mulanya dikemukakan kepada sebuah pusat warisan budaya Sweden untuk pameran, ditolak atas sebab-sebab keselamatan, tetapi sebuah akhbar Sweden kemudian menyiarkannya. Ini membawa kepada bantahan negara-negara Islam dan Vilks menerima beberapa ancaman bunuh.
Pada 10 Mac lalu, tiga akhbar Sweden lain menyiarkan semula karikatur itu. "Tidakkah mereka terfikir disebabkan kejahilan tersebut boleh memberi kesan yang tidak baik seperti yang berlaku pada tahun 2008, apabila akhbar Denmark, Politiken yang menyiarkan perkara sama dan kemudiannya mendapat kecaman masyarakat Islam seluruh dunia," katanya. - Bernama
Komen Anda
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
Senarai komen
Virus Rico
Maaf pun tak ada erti, perkara dah berlalu, terlajak kata tak boleh undur, terlajak perahu boleh diundur. Bagi saya mereka itu kurang adap suka menyakitkan hati org Islam. Kita perlu ajar mereka cara halus.
tuan_alam
Sebelum ini sudah berlaku kejadian yang sama, dan ia berulang kembali. Sebelum ini juga cadangan boikot telah disuarakan tetapi tiada sokongan. Siapa yang patut dipersalahkan? Pengguna yang tidak sensitif ataupun sememangnya barangan Sweden satu keperluan? Fikir-fikirkanlah.
nazz
Sama-samalah kita boikot barangan mereka sebagai tanda protes kita terhadap kebiadaban mereka.
momin
Kita mengalu-alukan saranan berani seperti ini.
pudin
Haha...biasalah...tiada idea mahu tulis dan lukis benda lain(yang lebih bermanfaat). Akibatnya akal mati dipijak nafsu sendiri.
Aning bin Awang
Saya bersetuju dengan cadangan dan saranan itu, tapi masalahnya ialah apakah barangan yang dibuat oleh negara Sweden? Kalau setakat boikot membeli Volvo saja, apalah sangat, kerana bukannya kita membeli Volvo hari-hari. Harap Yang Berhormat mengenalpasti barangan tersebut dan hebahkan kepada ramai.
azlan
Golongan bukan Islam terutama negara barat menggunakan kebebasan suara sebagai alat menghina agama lain terutama Islam. Umat Islam mesti memajukan diri untuk menutup mulut mereka.
Boikot jangan tak boikot...Islam agama yang suci...Nabi Muhammad S.A.W. junjungan seluruh Umat Islam. Apa tunggu lagi. BOIIIIIIIIIIIIKOTTTTTTTTTTT.
wong chin bu
Menghina Nabi Muhammad S.A.W. umpama meludah agama Islam. Patut diboikot.
faddzur
Ahkbar Sweden sepatutnya memohon maaf atas perbuatan tersebut bagi menjage keharmonian dan keamanan dunia.
bunga ilaf
Sabar...tahap kesabaran kita menunjukkan benar atau salah pegangan kita.
daus nakal
Sweden patut bertanggungjawab dengan apa yang rakyat dia lakukan...boikot Sweden.