Kecederaan itu menyebabkan Xiang, 29, terpaksa melangkah keluar dan meninggalkan London 2012 dengan berkerusi roda sekali gus menyaksikan impiannya untuk menebus kekecewaan menarik diri empat tahun lalu di laman sendiri musnah.
Pemeriksaan awal kakitangan perubatan mendapati dia cedera tendon Achilles. Pada tahun-tahun sebelum ini, dia menerima rawatan yang baik, tetapi kecederaan itu nampaknya masih menghantui dirinya, kata Shu Yong berhubung masalah kecederaan lama Xiang itu.
Masalah kecederaan Achilles sangat mustahil untuk sembuh sepenuhnya.
Xiang yang meninggalkan Olympic Stadium kemudian menerima tepukan 80,000 penonton sebagai tanda sokongan kepadanya.
AFP
