Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata JAKIM juga diminta meneliti sama ada kumpulan itu berkaitan dengan agama atau ajaran lain.
Beliau mengulas kejadian amuk oleh Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa dirinya Imam Mahadi, dan seorang wanita berusia 28 tahun.
"Jakim akan mengambil perhatian perkara ini. Ini bukan hanya soal Imam Mahadi sahaja, tapi ini soal keselamatan JPM," katanya.
Jamil Khir juga berkata, semua jabatan kerajaan perlu meningkatkan tahap keselamatan masing-masing supaya keselamatan pekerja dan pelawat terjamin.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata polis akan menyiasat sama ada dua suspek itu menganggotai kumpulan ajaran sesat.
Khalil Afandi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita itu terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama.
- BERNAMA
