KUALA LUMPUR: Jabatan Warisan Negara yang sebelum ini di Menara Chulan, Jalan Conlay sudah berpindah sementara ke bangunan pentadbiran Istana Negara lama.

Menurut kenyataan cawangan perhubungan awam jabatan itu, nombor telefon baru jabatan ialah 03-22609000 dan faks 03-22721486.
Bagaimanapun bagi surat menyurat hendaklah menggunakan alamat Jabatan Warisan Negara, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Aras 1, Kompleks Sultan Abdul Samad, Jalan Raja, 50560 Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan itu, perpindahan itu adalah sementara menunggu kerja-kerja pengubahsuaian sebuah bangunan kerajaan di Jalan Sultan Hishammuddin di sini yang akan menempatkan jabatan itu, siap sepenuhnya. - BERNAMA