login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:29
16:47
19:29
20:39
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 23 Februari 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Mutakhir
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Jalan utama Bandaraya Kuching dilanda banjir kilat


2012/01/05

KUCHING: Beberapa jalan utama sekitar Bandaraya Kuching, pagi ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak awal pagi ini, sekali gus menyebabkan kesesakan teruk di laluan keluar masuk menuju pusat bandar.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri ketika dihubungi berkata, jalan yang terjejas ialah Jalan Green, Jalan Batu Kawa, Jalan Badarudin, Jalan Matang, Jalan Tabuan dan Jalan Sultan Tengah.
"Kita juga telah menerima beberapa laporan banjir di kawasan kediaman Desa Wira dan Stapok awal pagi ini dan difahamkan beberapa penduduk telah dipindahkan dari kediaman masing-masing untuk sementara waktu," katanya.
Katanya setakat ini belum ada laporan diterima berhubung sekolah yang ditutup dan pihaknya akan terus memantau keadaan semasa.

Menurutnya banjir yang melanda Bandaraya Kuching pagi ini dijangka hanya berlaku sementara kerana ketika ini paras air Sungai Sarawak masih lagi pada paras rendah. - BERNAMA

SERTAI KAMI DI FACEBOOK
iklan iklan
iklan

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker