Hakikat kesungguhan kerajaan Barisan Nasional (BN) membina jambatan bernilai RM4.5 bilion itu tidak dapat dinafikan, termasuk oleh DAP yang menerajui pakatan pembangkang di negeri itu, yang sebelum ini mendabik dada kononnya merekalah yang membawa pembangunan dan menarik pelaburan asing yang besar.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata, pembinaan jambatan kedua itu mampu memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang lebih pesat untuk faedah rakyat di negeri itu.
"Dengan memacu pertumbuhan ekonomi, jambatan ini akan membantu mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk setempat selain merancakkan lagi industri perumahan.
"Inilah manfaat yang boleh dinikmati oleh pelabur dan rakyat di negeri ini. Tentunya faedah lain termasuk mengurangkan kesesakan lalulintas," katanya kepada ketika dihubungi hari ini. - BERNAMA
