Jangan politikkan kes pencerobohan di Lahad Datu: Hishammuddin

Jangan politikkan kes pencerobohan di Lahad Datu: Hishammuddin

2013/02/18

KOTA KINABALU: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien meminta semua pihak tidak mempolitikkan kejadian pencerobohan di Lahad Datu kerana ia membabitkan isu keselamatan.

Dalam sidang media di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sebentar tadi, beliau turut mengesahkan kumpulan itu bukan pengganas dan proses pengusiran sedang dilakukan bagi membolehkan mereka pulang ke negara asal secepat mungkin.