Jangan salah BAM

Jangan salah BAM

Oleh Haika Khazi
mfaizul@bharian.com.my
2012/08/10

Banyak lagi persatuan gagal walau dapat peruntukan besar

Putrajaya: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata rakyat Malaysia tidak seharusnya marah kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kerana kegagalan Lee Chong Wei memenangi pingat emas di Sukan Olimpik London.

"Saya meminta rakyat Malaysia tidak melahirkan rasa marah kepada BAM kerana kegagalan Chong Wei memenangi emas.

“Chong Wei sekurang-kurangnya sudah menyumbang satu pingat untuk negara selain berjaya membawa badminton Malaysia ke tahap sekarang.

"Malah, ada banyak lagi persatuan sukan lain termasuk bola sepak (Persatuan Bola Sepak Malaysia), bola keranjang dan ping pong yang diberi peruntukan besar tetapi tidak mampu pergi lebih jauh pun," katanya pada satu sidang media di pejabatnya, semalam.