header
Teks Ucapan TPM Ucapan dasar Ketua Wanita Ucapan Dasar Pemuda Ucapan dasar Puteri

'Jawatan bukan hak mutlak'

Mukhriz syor pemimpin tanda tangan aku janji teruskan sokongan

KODIANG: Semua ahli UMNO yang memegang jawatan dalam parti atau sebagai wakil rakyat tidak harus menganggap jawatan disandang mereka sebagai hak milik mutlak hingga boleh menjejaskan perjalanan parti pada masa depan.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata semua ahli UMNO harus sedar mengenai hakikat itu kerana apabila sampai masanya, keadaan akan berubah dan mungkin menyebabkan mereka tidak lagi dipilih mewakili parti. Jika itu berlaku, katanya, penyandang jawatan sama ada pada peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen harus menerima keputusan pemimpin tertinggi dan terus memberi komitmen kepada parti untuk memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya satu aku janji dilaksanakan untuk ditandatangani semua pihak yang terbabit bagi menuntut mereka terus memberi komitmen dan setia kepada parti, sekalipun tidak dipilih sebagai calon pada PRU akan datang.

“Mengikut aku janji itu nanti, jika mereka ingkar, boleh dikenakan tindakan oleh parti mengikut kesalahan dilakukan.

“Ini penting kerana pada saya semua pihak harus mengambil iktibar ucapan Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak yang menuntut kesetiaan ahli terhadap parti supaya tidak berbelah-bahagi, walaupun ada yang mungkin tidak dianggap sebagai calon boleh menang dan tidak dipilih semula untuk bertanding pada pilihan raya nanti,” katanya.
Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian selepas melancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ke-15 di Padang Sera di sini, semalam. Hadir sama, Pengarah Urusan MYDIN Mohamed Holdings Bhd (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin.

Sementara itu, Mukhriz menempelak sikap pemimpin pembangkang yang sering mempolitikkan semua perkara yang dilakukan kerajaan termasuk hal remeh, walaupun ia tidak mendatangkan keuntungan dan pada masa sama mereka juga tidak melakukan apa-apa untuk membantu rakyat.

Katanya, isu barangan di KR1M juga dipolitikkan walaupun pada dasarnya ia adalah sesuatu yang baik dilakukan kerajaan untuk membolehkan rakyat mendapatkan barangan pada harga lebih rendah dalam keadaan ekonomi tidak menentu ketika ini.

“Apa yang berlaku sebelum ini adalah masalah label pada bahan makanan yang dijual di KR1M dan ia bukan isu yang kritikal hingga boleh menjejaskan rakyat.

“Itupun mereka (pembangkang) politikkan dan jadikan isu untuk kepentingan mereka, sedangkan pada masa sama mereka tidak melakukan apa-apa,” katanya.
SERTAI KAMI DI FACEBOOK
SEBAHAGIAN pemerhati sebak dan beremosi ketika mendengar ucapan penggulungan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak di luar Dewan Merdeka, PWTC, semalam. - Foto Danial Saad
Dec 4, 2011 9:32 am
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yasin serta isteri, Puan Seri Norainee Abdul Rahman memotong pulut kuning selepas Perhimpunan Agung UMNO 2011 ditangguhkan di PWTC, semalam. - Foto Aizuddin Saad
Dec 4, 2011 9:31 am
MASNATU Satong (kiri) bersama Redonah Bahanda membaca buku Wasiat Raja-Raja Melayu di dalam Dewan Merdeka, PWTC, semalam. - Foto Aizuddin Saad
Dec 4, 2011 9:19 am
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak memeluk bekas Presiden UMNO, Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas selesai ucapan Penggulungan Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2011, semalam. - Foto Auzuddin Saad
Dec 4, 2011 9:18 am
PERWAKILAN dan pengunjung di PWTC menatap akhbar Berita Harian. - Foto NSTP
Dec 4, 2011 9:16 am
PENIAGA, MOHD Firdaus Rosshidin (kanan) melayan pembeli memilih kain pasang yang dilelong selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO 2011 di PWTC, semalam. - Foto NSTP
Dec 4, 2011 9:15 am
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak menerima tepukan gemuruh perwakilan pada ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO di PWTC, semalam. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Dec 4, 2011 9:10 am
AHLI UMNO bersemangat melaungkan ‘Hidup UMNO’ ketika menonton ucapan Presiden menerusi skrin besar di luang legar PWTC, semalam. - Foto BERNAMA
Dec 4, 2011 8:44 am
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak bersama Ahli Majlis Tertinggi bersemangat membaca ikrar yang diketuai Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada ucapan penggulungan perbahasan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di PWTC, hari ini. - Foto Osman Adnan
Dec 3, 2011 6:12 pm
URUSETIA Perhimpunan Agung UMNO dan anggota keselamatan memeriksa tempat duduk perwakilan ketika mesyuarat berhenti rehat di PWTC, hari ini. - Foto Osman Adnan
Dec 3, 2011 5:10 pm

Katakan tidak kepada pembangkang: Najib
Berita Harian:
Google: