“Ini pembelian yang amat baik bagi QPR,” kata pengurus pasukan Mark Hughes, yang juga bekas pemain United kepada laman web kelab itu (www.qpr.co.uk), semalam.
“Dia pemain utama Manchester United dan memainkan peranan besar dalam kejayaan pasukan itu sejak menyertainya dari PSV Eindhoven pada 2005. Dia sering dipilih untuk perlawanan besar kerana mereka boleh berharap kepadanya dan kita akan memperoleh semua kualiti itu,” kata Hughes.
Pengerusi QPR Tan Sri Dr Tony Fernandes pula berkata: “Saya sentiasa mengimpikan yang terbaik. Apa yang bermula sebagai idea kecil kini menjadi kenyataan.” Park adalah pemain United kedua menyertai QPR bulan ini selepas pertahanan Fabio Da Silva yang menyertai pasukan berkenaan secara pinjaman selama semusim. - Reuters




Senarai Komen