Rajagopal ketika kendali latihan di Padang Wisma FAM, petang semalam. - Foto Owee Ah Chun
Kuala Lumpur: Mereka boleh cakap apa saja. Saya hanya mengikut sasaran ditetap majikan (FAM) iaitu skuad kebangsaan perlu layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015. Jika gagal, saya sendiri akan letak jawatan.
Demikian jawapan jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal ketika ditanya adakah dia akan tunduk dengan desakan sesetengah pihak yang mahu dia meletak jawatan jika Malaysia gagal mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF 2012, 24 November hingga 22 Disember ini.
Jurulatih mana berjaya seperti saya?
Mereka boleh bandingkan dengan mana-mana jurulatih kebangsaan sebelum ini, siapa yang pernah bawa Malaysia meraih kejuaraan seperti kejayaan kita menamatkan kemarau pingat emas pada Sukan SEA 2009 selepas kali terakhir 1989 serta menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 buat kali pertama sejak 1996.
Takkan apabila tewas 2-0 kepada Vietnam (11 September lalu) yang hanya perlawanan persahabatan dalam tempoh persiapan ke Piala Suzuki AFF 2012, peluang kita dianggap tertutup. Siapa tak nak buat yang terbaik. Saya akan cuba pastikan Malaysia mara sejauh yang boleh untuk mempertahankan kejuaraan, jelas Rajagobal.
Saingan kelayakan Piala Asia 2015 dijadual bermula 6 Februari tahun depan dengan 20 pasukan akan dibahagi dalam lima kumpulan merangkumi empat pasukan. Dua pasukan teratas selepas mengharungi enam perlawanan timbal balik akan layak ke pusingan akhir di Australia, 4 hingga 26 Januari 2015.
Dalam pada itu, kem latihan pusat skuad kebangsaan kembali disambung di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang semalam sebagai mengisi waktu rehat sementara menunggu saingan suku akhir pertama Piala Malaysia bersambung, 25 September ini.
Senarai Komen
Kita dah menang piala AFF tahun lepas, berapa kali lagi kita mesti menang baru nak ke Piala Asia? Bukan semua kita boleh menang, dan kena tahu yg mana kena utamakan dulu. Yg mana lebih ada prestij, piala AFF atau Piala Asia? Saya lg suka kita kalah melawan utk ke Piala Asia drp jd runaway winner dlm Piala AFF. macam budak besar lawan budak kecil. Sampai bila nak Malaysia jadi ikan besar dalam kolam yang kecil?
Saya dapati permainan yang ditunjukkan oleh vietnam jauh lebih baik dari team dato'. Tetapi saya berpendapat dato' tidk akan berhenti sekarang kerana mencontohi sikap presiden FAM dan setiausahanya yang gagal tetapi tetap mahu memegang jawatan, bagi mereka dan dato' apa peduli apa orang cakap, sekarang ganjarannya lebih baik dari berhenti. Kalau kalah piala asia, pasti kena berhenti, tak payah cakap le. Kepada peminat bolasepak malaysia, kejayaan AFF lah yang terbaik, lebih dari itu adalah misi mustahil jika FAM ditadbirkan oleh mereka yang hanya memanaskan kerusi. Semasa perlawanan yang bertelinga besi.nan dengan vietnam, presiden ada turun tengok... rasanya tak ade.
ramai pemainnya dari pasukan teratas liga seperti dari kelab barca dan real