SUDAH rakam enam album, tapi tidak pernah dianjurkan majlis pelancaran hinggalah album terbaru berjudul Kolaborasi Kental.
Berita baik, bagi meraikan keapuhan Jinbara, syarikat naungan kumpulan rock ini, Warner Music Malaysia menganjurkan showcase Jinbara di Sixty3 Club, Hotel Sheraton Imperial, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, mulai jam 8 malam esok.
Pengurus Artis dan Repertoir Warner Music Malaysia, Mokhtaza Ahmad berkata, kemampuan Jinbara sudah membuktikan mereka terus relevan dalam memperjuangkan rock klasik.
“Jinbara sudah membuktikan tanpa majlis pelancaran album, mereka mampu pergi jauh dalam industri.
“Kumpulan ini memperjuangkan muzik yang berbeza dan sudah membuktikan tanpa apa-apa majlis pun, mereka mampu mencatat jualan muat turut melebihi RM1.5 juta melalui lagu Zakiah-Zakiah,” katanya.
Tiket untuk menyaksikan showcase Jinbara dijual pada harga RM25 di kaunter masuk Sixty3 Club, Hotel Sheraton Imperial, mulai esok.
Trivia: Album
- Pui-Aiya-Hoi (2001)
- Shing Kuang (2003)
- Suatu Evolusi (2005)
- Patah Pusing (2007)
- Suara Kita (2008)
- Interpretasi Mental (2010)
- Kolaborasi Kental (2012).
Ahli Jinbara
- Tia (vokalis)
- Cepot (gitar)
- Anjang (gitar)
- Akin (bass)
- Ahtan (drum)
Lagu kolaborasi dalam Kolaborasi Kental
- Oh! Mama Saya Mahu Kawin (Awi Rafael)
- Milik Siapakah Gadis Ini (Fiq)
- Chinta (Cdin Taxi)
- Hilang (Cepot)
- Biru Mata Hitamku (Ramli Sarip).
