MANILA: Jumlah mangsa banjir yang menenggelamkan sebahagian besar ibu negara Filipina dan sebahagian wilayah berdekatan minggu ini meningkat kepada 60 orang, kata kerajaan hari ini.

Menurut Majlis Mengurangkan Risiko Bencana Alam dan Pengurusan Kebangsan, jumlah kematian itu adalah tiga kali ganda berbanding angka yang disahkan semalam.
Kenaikan angka kematian itu kebanyakannya kerana majlis itu melaporkan kematian yang berlaku awal minggu di luar kawasan Manila berbanding kematian terbaru. - AFP