Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, ketika mengesahkan kejadian itu kepada Bernama, berkata juruterbang warga Jerman, Rico Steger, 35, diselamatkan sekumpulan nelayan tempatan manakala nasib tiga penumpang masih belum diketahui.
Mereka dikatakan dalam perjalanan untuk mengkaji sebuah projek di Nanga Merit dekat Kapit.
Steger, yang berenang selama empat jam di muara sungai tersebut, kemudian dibawa ke Kampung Tebelu, Sebuyau untuk mendapatkan rawatan perubatan.
Pasukan Gerakan Marin dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) sudah melancarkan operasi mencari dan menyelamat tiga penumpang yang masih hilang itu. - BERNAMA



