PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan harga maksimum bagi 14 jenis barangan harga terkawal untuk dikuatkuasakan mengikut Skim Kawalan Harga sempena Deepavali 2012.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata skim berkenaan akan mula dikuatkuasa selama 10 hari mulai 8 hingga 17 November ini mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Katanya, antara barangan terbabit termasuk ayam hidup, ayam super, daging kambing tempatan, daging kambing biri-biri import dan bawang kecil India.