Shah Alam: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengkaji kemungkinan mengenakan sekatan eksport terhadap ikan bagi menangani masalah kekurangan bekalan serta peningkatan harga kebelakangan ini.
Kajian perlu dilakukan oleh LKIM kerana kerajaan sedar cadangan berkenaan bakal mengundang masalah berikutan pengeksport hasil laut di negara ini sudah mempunyai kontrak dengan pelanggan masing-masing”. - Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani“Namun kerajaan terpaksa ambil pendekatan ini jika perlu kerana kita wajar bagi keutamaan kepada rakyat sendiri,” katanya pada sidang media selepas melawat Pasar Tani Mega Stadium Shah Alam, di sini semalam.
Daging mencukupi
Noh berkata, sekatan eksport boleh dielakkan andai pengeksport dan pengimport ikan di Malaysia memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan serta tiada pihak cuba mengambil kesempatan mengurangkan bekalan ikan dan menaikkan harganya terutama menjelang musim perayaan.
Pada masa sama, beliau menjamin bekalan daging mencukupi selepas kerajaan membenarkan kemasukan daging lembu beku dari Sudan dan menggalakkan pengguna mengunjungi pasar tani FAMA kerana harga produk ditawarkan lebih murah berbanding tempat lain.
“Bagi menampung keperluan Aidilfitri, pasar tani akan beroperasi sehari atau dua hari sebelum perayaan untuk kemudahan pengguna,” katanya.



