PUTRAJAYA: Seorang kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) maut manakala suaminya parah selepas terbabit dalam kemalangan di Presint 10 di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, wanita berusia lewat 50-an terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata kejadian dipercayai berpunca daripada jubah yang dipakai wanita berkenaan tersangkut di celah roda belakang motosikal dinaiki menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh lalu terlanggar tiang eletrik.