Kakitangan awam curi tulang
» Membeli-belah pada waktu bekerja dalam bulan RamadanPutrajaya: Ramai kakitangan awam dikesan ponteng kerja dengan membeli-belah ketika waktu bekerja pada bulan Ramadan sekarang.
Selain kompleks beli-belah dan pasar raya, mereka mengunjungi bazar Ramadan berhampiran pejabat, dipercayai untuk persiapan Aidilfitri dan membeli juadah berbuka puasa.
JPA meminta ketua jabatan membuat pemantauan berterusan pergerakan pegawai dengan memastikan mereka mendapat kebenaran terlebih dulu sebelum meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja untuk sebarang urusan peribadi.
Perbuatan itu dikesan menerusi pemantauan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas sering menerima aduan orang ramai mengenai sikap kakitangan awam tidak mematuhi waktu bekerja dan berada di tempat awam.
Perlu patuh waktu bertugas Dalam surat Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) JPA, Datuk Farida Mohd Ali kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan Persekutuan menyatakan walaupun jumlah pegawai awam yang berbuat demikian makin berkurangan, ketua jabatan perlu mengingatkan pegawai supaya mematuhi waktu bertugas.
Surat itu menyatakan kegagalan mematuhi waktu bekerja bertentangan dengan Perintah Am 5, Perintah Am Bab G Waktu Bekerja dan Lebih Masa 1974 dan Peraturan 24, Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
“Baru-baru ini, JPA melakukan pemantauan terhadap pematuhan waktu bekerja penjawat awam di sekitar premis perniagaan, pasar raya dan pusat beli-belah yang berhampiran pejabat kerajaan dan mendapati masih ada segelintir penjawat awam tidak mematuhi perkara ini,” katanya.
Surat bertarikh 30 Julai dengan tajuk perkara Penguatkuasaan Peraturan Berkaitan Pematuhan Waktu Bekerja Penjawat Awam, disiarkan dalam laman web rasmi JPA semalam, ditandatangani oleh Farida.
Sehubungan itu, JPA meminta ketua jabatan membuat pemantauan berterusan pergerakan pegawai dengan memastikan mereka mendapat kebenaran terlebih dulu sebelum meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja untuk sebarang urusan peribadi.
Sementara itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, setiap pegawai atau anggota penjawat awam perlu mematuhi peraturan dan tidak mengambil kesempatan untuk pulang lebih awal daripada masa ditetapkan.
“CUEPACS difahamkan sepanjang Ramadan ini, segelintir jabatan membenarkan penjawat awam pulang pada jam 4.30 petang bagi membolehkan mereka membuat persiapan berbuka puasa,” katanya.
Emel ke bhnews@bharian.com.my atau SMS RakanBH untuk berkongsi pendapat
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial.
Ramadan bulan berkat
Aku pn kakitgn awam juga.., tapi kalau kelakuan tu salah.., maka salah la juga, tak back up jika benda tu salah, masing2 pantau diri sendiri dan tanya diri "aku amanah atau tidak dengan kerja?"..bak kata pepatah..siapa makan cili dia la terasa pedasnya, tak salah watpe nk melenting..kann..
Mabaloh Im.Tokoh
Usahlah pertikaikan,sebab lebih ramai tugas harian mereka telah selesai dan maka itulah mereka keluar awal. Kita pun sebagai manusia biasa memang ada kelemahan dan kena mengakui kekurangan yg ada.
shake
Benda gini memang sering berlaku. Mana x kakitangan tak berminat kerja tu minta resign aje.
Leman bercakap mcm kakitangan kerajaan x bayar cukai lak..
ali
tidak semua kakitangan awam bersikap demikian tetapi yang segelintir ini jelas di mana-mana. Perbuatan mereka memang segaja. Kata hendak ke klinik , ke hospital le ke mana lah kerana urusan peribadi tapi ada yang pergi shopping sama ada beli untuk raya atau untuk buka puasa. Tabiat ini tidak mesti kita marah pada pekerja tersebut tetapi pada majikan. majikan yang banyak bagi muka dan lemah kerana faktor kasihan.....dia ada masalah..... rumah jauh...... anak ramai...... bini kerja.....lauk sedap takut habis...... nak draw duit kena Q.. dan banyak lagi. Kalau majikan tetas mungkin perkara ini tidak berlaku tetapi sikap majikan melayu yang alah... kesihan. Sampai kesudah tidak ada jawapannya. Fikir -fikirkan lah wahai kakitangan awam... jangan pentingkan diri sahaja penting amanah yang dipertanggungjawabkan oleh majikan dan agama.
Orang Gomen
Saya keje kerajaan, masuk kul 7.00 pagi balik kul 1.30 ptg. Gaji basic skrg RM4000, umur baru awal 30-an. Best... yg lain2 jangan iri hati yer..wakakkakaka
orangkecil
Adakah orang (kakitangan awam/swasta) yg mngunjungi bazar Ramadan ini tdk buat kerja? Rakyat M'sia beruntung boleh bekerja dlm keadaan yg selesa. D negara lain, persekitaran kerja sgt Tegang/Tertekan. Sbb tu bnyak gejala bunuh diri/keruntuhan rumah tangga/kemurungan dsb..
gov staf
tolong jangan hanya MEMANTAU, tolong tanya orang itu yang dikatakan curi tulang.Berkemungkinan besar menggunakan kemudahan waktu anjal, sampai 430 pm, ataupun, mmg dia ambik cuti half day seperti contoh. Atau pun berlaku pada hari waktu jumaat untuk beli belah. Tiada fakta pun, cuma PANTAUAN dan bukan sepanjang bulan. Entah2 sehari dua je..itu semua seperti andaian dan bukan fakta. InsyaALLAH..sesungguhnya saya juga sedang berpuasa.
Pak Din
Pihak media juga perlu bertanggungjawab dlm menyiarkan berita. Seolah-olah kesemua Kakitangan Awam ni tak buat kerja. Nak siar berita biarlah profesional, jangan main hentam dan membuat andaian sahaja. Akhirnya, orang ramai pakat hentam kakitangan awam. Cuba keluarkan statistik dan survey yang releven sebelum mengeluarkan berita tu. Pada sesiapa yg keluarkan kenyataan, kakitangan awam perabihkan duit pembayar cukai, ingat kami pun bayar cukai jugak, tak boleh tipu income, bukan macam peniaga2 dok tipu LHDN, boleh lari dari bayar cukai...Ada paham...?
Pekerja Ikhlas
zani ismael....sesungguhnya aku sedang berpuasa.....sila hormati bidang kerja sesama kita. Yang penting rezeki yang halal semuanya dari Allah...
Kaklang
Saya sebagai orang lama terpanggil juga untuk memberi pendapat. Kalau dilihat dari komen ni mcm kakitangan swasta begitu marah dgn kakitangan kerajaan. Kakitangan Kerajaan juga bayar cukai, kakitangan juga manusia yang tak lari dari kesilapan. Mmg tak dinafikan ada segelintirnya berperangai begini tak kira muda atau tua. Sebenarnya semua terpulang diri masing-masing. kalau mereka tahu hukum hakam mereka akan berfikir untuk mencuri masa bekerja dimana gaji dibayar mengikut jam kita bekerja. Kalau manusia tu nak silap tak kira siapa dia, mungkin JPA mahukan pemantauan dari K/Jabatan. Kalau kita benar-benar tau sikap amanah tak perlu K/jabatan pantau, cukuplah kalau kita katakan ALLAH MELIHAT APA YANG ANDA BUAT. Jadi dibulan puasa yang mulia jgn lah kita tuduh menuduh dengan bahasa yang tidak sesuai. Kakitangan Swasta dan Kerajaan sama-sama menyumbang kepada negara tercinta ini untuk pencapaian cemerlang.
zorro
Kakitangan Awam dan Swasta tak adalah beza sangat dari segi menular atau pun curi tulang. Yang bezanya apabila KA naik gaji mulalah ada kenaikkan barang. Tidak pulak dgn Swasta naik la apa pun, bonus 6-7 bulan, gaji naik 10-30% masih tidak ada yang bising. Kesian orang KA ni. Tapi yang Zorro perasaan KA sekarang keja dah lebih hebat dari dulu. tak boleh dinafikan. Lihat sahaja bdn beruniform Polis, Kastam, Tentera dan Sebginya kalau ada yang nak nafikan anda tentu tak lihat dengan mata, dengar dgn telinga dan yang penting bersuara dengan hati bukan mulut. Zorro keja swasta, tapi byk kena jumpa KA, zorro tau sapa yang lebih effesien dan sapa tak? Bukan SWASTA dan bukan KA tapi Individu tersebut.
Linda
Mmg seazali nya penjawat awam selalu ponteng kerja dan culas waktu bekerja. Sila ambil tindakan sekerasnya kerana hal ini telah lama berkudis dari zaman 80án lagi.
hci
sebenarnya mereka2 ni yg adhl org yg tak reti bersyukur...depa mintak, kerajaan bagi.jd kerajaan tak boleh terlalu berlembut sgt...
hci
sebenarnya mereka2 ni yg adhl org yg tak reti bersyukur...depa mintak, kerajaan bagi.jd kerajaan tak boleh terlalu berlembut sgt...
gsgak
swasta pon sama gak!!!! yg pkai bju kmeja & kurung x smestinya smua keje gomen..
Aizat
Macam mana cara pemantauan JPA tu? Kenapa tak tangkap je masa dorang tengah shopping tu? Kenyataan JPA yang disiarkan oleh akhbar akan mengundang kutukan dan kelemahan pekerja awam diungkit oleh pihak tertentu. Sedangkan tidak semua begitu. Yang pasti ini akan menjejaskan tuntutan pihak kesatuan. Ada udang disebalik batu? Kepada sesetangah pihak swasta yang jaki sangat tu, gaji orang gomen pun kena potong bayar cukai. Apa pekerja swasta ada yang dah jadi tuhan ke sebab bagi rezeki kepada pekerja gomen? Lagi satu jangan main sedap mulut mengutuk. Satu hari nanti mungkin kena kat kita balik, mana tau satu hari nanti anak, sedara, sepupu sepapat kau yang dapat rezeki kerja gomen. Masa tu sanggup ke kau kutuk?
mazz
perangai macam budak2 sekolah
Suwati Santubong
Saya sebagai rakyat Msia memiliki syarikat perniagaan yang mempunyai hampir 23 cawangan di seluruh negeri di negara ini amat berbangga dengan integriti kakitangan swasta yang jauh lebih produktif dan efesyen berbanding kakitangan awam yang majoritinya makan hasil warga swasta yang pemalas, sombong dan tidak sedar diri.
Saya selalu menasihatkan pekerja saya, nak bermalas malas pergi minta kerja dengan kerajaan disini kamu mesti produktif jika tidak saya pecat kamu! Alhamdullillah pekerja pekerja saya beri penuh komitmen dan sebagai bonus saya bukan saja memberi pelbagai insentif malah membuat promosi jawatan dalaman yang menjadi keutamaan syarikat demi menggalakan pekerja saya menjadi yang terbaik.
Apa yang harus kerajaan Malaysia lakukan?
1. Kaji dan pantau
2. Basmi dan buang (pekerja yang tiada kualiti - dianggap sebagai pembaziran)
3. Cuci dan bersihkan (pulihkan imej kerajaan yang tercemar kerana kakitangan yang tidak produktif)
4. Hapuskan 'kronisme' dalam seleksi pekerja. Sabaiknya pekerja awam tidak dibenarkan mempunyai hubungan kekeluargaan di jabatan yang sama. Tapi ia sudah jadi trend
5. Lantik Pengarah Jabatan yang muda
6. Tamatkan sistem pencen supaya ia tidak menjadi pelemak kepada pekerja awam sekaligus mengurangkan beban tanggung rakyat yg penat membayar cukai yang juga membebankan akaun negara.
7. Wujudkan sistem kwsp pada penjawat awam mengantikan sistem pencen
8. Kurangkan elaun yang melampau lampau
9. Kawal kenaikan gaji kerana ia dilihat tidak relevan
10. Basmi sebelum reputasi kerajaan memerintah dilihat lemah dan tidak mampu mengawal impak kemewahan dalaman penjawat awam tidak setanding produktiviti.
Pendapat saya adalah sebagai warga Malaysia.
mamat
suke nye org2 melayu ni bgaduh sesama sndiri....
Ruslin62
senang jer siapa yang makan cili dia yg terasa pedas. fikir2kan lah
tasha
apelh kecoh sangat org yang dengki ni..swasta pun sama jugak nk kata gov konon..pokok pangkal tanya hati x perlulah nk kutuk gov..gaji swasta pun lebih banyak jugak dr kami..korang ni x perlulah ade hasad dengki..x semua pekerja gov mcm tu..
Jomo
Hahaha....banyak komen nampak pro n kon....
apa pun kalau nak ulas pasal ya pun bulan x puasa pun ramai duk sembang kedai kopi waktu pejabat...punch pukul 8..turun minum sembang2 habis 1 jam....jam 10 minum pagi sembang2 habis 1 jam, jam tengahari makan rehat, minum petang keluar awal...kawan punch........nak buat macamana dah tak de kerja nak buat kat ofis.....
rahman
apa pon..carilah rezeki yang halal untuk anak isteri atau keluarga walaupun sedikit..
shakier
kecewa la...saya sebagai penjawat awam sampai x menang tangan nak buat kerja...sampai mlm keja..sampai pagi..last2 kerana nila setitik...rosak susu sebelanga..sedarlah semua penjawat awam..keja itu amanah..
rahman
apa pon..carilah rezeki yang halal untuk anak isteri atau keluarga walaupun sedikit..
eddy shinigami
yang betul2 keje tu ok ....waaa tabik... tp yg kuat mengular tu pikir la sendiri!!!!!!
tasha
woi leman sedap ko jerk kutok cuepacs..CUEPACS perjuangkan hak kami..yang ko kecoh napa..
penjawat swasta
Perkara ni mmg dah tiap2 tahun pon dah berlaku, baru sekarang je sibuk nak pantau? Bila tak ada bonus masing2 bising, bila gaji tak naik semua bising kata kerajaan takmo bagi. Kome yang malas keje. keje tak jujur. Kalau kome semua keje swasta, baru kome tau.
ikin
sangat tak beretika bila orang awam berkata penjawat awam tiada kerja di pejabat.. bukannya semua penjawat awam seperti ini. segelintir sahaja.
hamba Allah
memang ade penjawat awam membayar cukai..tp segelintir saja..berbanding dengan pekerja swasta..gaji naik sket kene potong cukai..
pok ding
askm, bg pendapat saya, tak sume yg berperangai mcm tu,,, ada segelintir yg jujur kite hormati dan hargai,, saye salah seorg pekerja swasta yg bekerja di pelantar minyak di tengah lautan dan dibwh panas terik, waktu bekerja kami 12 jam normal, separuh gaji saya untur byr pada lhdn, kira 18ribu setahun saye byr pada kerajan. Jad pada yg tidak jujur pada kerja ingatlah kamu dikira bersyukur dpt kerja kerajaan , kamu dpt bnyk kemudahan, pinjaman pun mudah, kamu bayangkan pekerja swasta nak buat loan pun tak boleh at least kena ade 3k basic salary, die org kerja ot hr2 nak tambah pendapatan. ingatlah pekerja swastala penyumbang pendapatan, kamu pekerja kerajan mengurus tadbir perjalanan kerajan. Pada yg tidak jujur sedarlah memang hasil gaji kamu tidak halal. Pada yg jujur Allah SWT melimpahkan rahmat keatas kamu. Saya juga tinggal di Putrajaya saya fhm segalanye. Datanglah ke Alamanda jam 2 lebih dan lihatlah adakah itu waktu rehat yg boleh dianjak.
siti fatimah binti mehad
berita harian sangat memuaskan bagi saya kerana maklumat di dalam nye amat bermakna.
leman
Kerajaan sepatutnya mengurangkan kakitangan awam, terutamanya staff yg tak efisien dan menghabiskan duit rakyat. lebihan staff yg melampau akan mengakibatkan pekerja awam tiada kerja. CUEPACS pula jgn la asik nak meminta2. Ingat sikit, duit kerajaan tu sebenarnya duit pembayar cukai
zack
sesungguhnya saya sedang berpuasa.
nanie ibrahim
Skrg dh tk ada peribahasa nilai setitik, susu sebalanga rosak.Dah memang siap dgn uniform pun boleh pergi shopping.Cover lah sikit.Serkopp lah sikit uniform tu dgn baju hujan ke, jd tak timbul lah isu kakitangan Awam kelua shopping time waktu bekerja.Tak percaya skrg pergi jalan TAR.siapa yg ramai kat sana.Kaki tangan swasta bahagian marketing depa mang biasa merambu, nama pun dh keja marketing, yg penjawat awam bahagian teleponis pun bleh ada kat SOGO jam 3:30pm.ape ke heaaaa nyaaaaaa.
zani ismael
Bagi pekerja awam, majikan prihatin dan tepati janji...pekerja swasta kena tanya majikan sendiri lah..
SHAH
KENA TENGOK JENIS KERJA PULA. ADA TUGAS YANG MEMANG KERJA DI LUAR PEJABAT. BUKAN SEMUA KAKITANGAN KERAJAAN KERJA DI DALAM PEJABAT.
Zetty
kebetulan cuti pada hari bekerja. Pergi pasar boleh ke ada sekali pekerja gvmnt. Siap pilih ikan dan sayur lagi. Boleh dilihat mereka ni mesti pakai baju kurung dan name tag sekali. Terpampang dari Jabatan mana. Sekali pun cam tu tanggalkan nama tu. Dah lah tu orang MElayu pulak. Nampak sangat tak de kerja kat opis.
jun
sebenarnya jika anda semua hendak tau, penjawat awan ada waktu anjal masuk bekerja. masuk 7.30 keluar 4.30.. waktu2 ini ada yang masuk pukul 8.00 keluar 5.00. Jika anda yang pernah pergi ke putrajaya mesti dpt gambarkan betapa ramainya warga2 putrajaya yang bekerja di sini termasuk org luar yang datang. Ofis pulak dekat-dekat. Bila kebanyakkan mereka ini keluar pukul 4.30, maka akan ramailah pengunjung yang besesak pegi ke bazar ramadan. Jgn salah kan penjawat awam yang mmg rata2 bulan puasa ni tukar waktu anjal pukul 7.30 sbb nak balik awal utk membeli juadah.. untuk pengetahuan anda juga, mereka ni kebanyakkannya org yang jauh rumahnya.. so, mmg logik la pegi bazar dlm 4.30 sbb nak cepat2 sampai umah
karim
macam la penjawat awam tak bayar cukai jugak.. sila komen bermaruah sikit
ANTI TAK JAGA BERKAT!!!
Bagi Siapa yang pertahankan tak payah siarlah... tak payah diisukan lan... sah2 buat kerja mcmni.. Wahai Hamba Allah... Ingatlah... Rezeki di tangan Allah.. Allah tarik balik bila2 masa sahaja... Bertaubatlah sebelum anak2 isteri makan REZEKI HARAM LAKNATULLAH!!!
hanna lee
Saya kurang setuju dengan tajuk ini....bukan semua penjawat mempunyai attitude seperti ini...hanya segelintir....perkhidmatan swasta juga adakalanya kurang memuaskan...ikut experience saya pernah menunggu selama 1 jam 30 minit untuk urusan western union....alasannya hari jumaat...yang penting berusahalah untuk menjadi yang terbaik...jangan main tuduh jer...
Ujang
sesiapa yang memberi maklumat ini mengaibkan orang lain...
hizs
Keadaan nie kena dipantau dgn sekeras-kerasnya. Ini kerana ceupacs selalu mempartahankan panjawat awan dengan meminta kenaikan gaji , bonus dan berbagai lagi ganjaran dari pihak kerajaan .tetapi kalau penjawat awam sendiri tidak dapat mendisiplinkan diri mereka dengan berbuat peragai yang sebegini ,ia akan megundang rasa tidak kepuasan hati rakyat terhadap kerajaan kerana gaji yang penjawat awam terima itu hasil dari kutipan hasil cukai dan perbagai lagi...dan jika cuepacs sendiri hanya pandai meminta-minta saje dari kerajaan tapi tidak pandai untuk menjaga disiplin para penjawat awam ,saya mengesorkan supaya tidak perlu lagi meminta-minta dari kerajaan.kerana setiap kali penjawat awam menerima gaji ataupun bonus ia akan berkaitan dengan harga barang di pasaran .dan ini akan memberi kesan kepada rakyat yg bekerja di swasta yang tidak ada kenaikan gaji atau bonus yang tetap macam penjawat awam.saya disini sekeras-kerasnya memohon supaya ceupacs mengambil tindakan kepada keras trhadap mana2 penjawat awam yang berkelakuan demikian..sekian terima kasih.
zani ismael
Bagi pekerja awam,majikan prihatin dan tepati janji...pekerja swasta kena tanya majikan sendiri lah..
princess
memang la ade penjawat awam yang keluar waktu bekerja..dah perkhidmatan tak diperlukan kat pejabat.takkan nak duduk mengangkang je kot..nanti cakap pulak duduk saje kerja takde..hadoii...DUNIA DUNIA!!...serba serbi tak kena..buat baik salah, buat jahat lagi salah...ape pun tak boleh!!!
siti nurelviyana
to Ahmad asri....anda seolah-olah meyalahkan lebih 2.5 juta org perkhidmatan awam kerja curi tulang,kamu tidak tahu pengorbanan mereka,mcmana,kamu ingat mereka semuat tu kerja main2 ke..pikrlah wahai en.ahmad asri yang bijaksana lagi sempurna..tidak semua manusia didunia ini terlalu sempurna,mcm kamu juga,kamu boleh bagi gerenti klu pg makan tengahari kamu boleh balik tepat masanya..mungkin terlebih 1 minit atau beberapa minit pun...klu kamu tu sempurna takpe lah kamu nak kondem kan org..klu betul sekali pun diaorg curi tulang,itu urusan dia dengan Allah s.w.t, bukan maku yang nak menghukum..kamu jaga periuk nasi kami,keluarga kamu,patutnya di bulan puasa buat ibadat bukan nak mengumpat keburukaan org lain..wlupun sy bukan kerja swasta tapi saya tau keperitan yang org kerajaan rasa..tanpa diaorg urusan negara kita akan tergendala...harap ahmad asri insafla..nama dah baik dah,tapi sifat perlu di ubah..Tq
yg prihatin
nnt lepas bulan puasa cuba pergi kat cafe area pejabat kerajaan putrajaya, ramai je org xkira waktu, yg ramainye yg pakai baju berkolar atau baju kurung, entah bila waktu rehat sebenar diorg ni kompius aku..
orang tengah
selamat dengki mendengki sesama kita...
yushail
MINTA JPA DAN AKHBAR TAK PERLU RISAU DAN PERBESARKAN ISU INI LAHH.
Jukun
Swasta : pekerja bermasalah, majikan tendang keluar 24 jam.
Kerajaan : Pekerja bermasalah kerajaan simpan buat pekasam : tiada tindakan keras seperti tamatkan perkhimatan
Ulasan : Sebab itu kualiti pekerja awam amat mengecewakan malah pekera awam amat biadap (bukti kepada pelaksaan sistem jika tak senyum sila buat laporan).
Pengalaman : JPN P Pinang. (Suami kepada bekas YB Adun Balik Pulau adalah kakitangan JPN) sikap amatlah biadap tak kira pada orang yg lebih tua apatah muda. Cara bercakap yang sombong.
Pengalaman Lain : Saya mampu nisbahkan hanya 30% daripada keseluruhan kakitangan awam yang bersikap ramah dan membantu, mostly golongan muda manakala golongan veteran sila perbaiki kualiti anda agar ia tidak menjadi buah mulut rakyat mahrain seperti "membela biawak hidup". Kamilah yang penat membayar cukai memberi kalian sesuap nasi jadi bermusabah diri itu baik utk kesihatan lebih lebih lg dibulan mulia ini.
yushail
JPA kena siasat betul2, jangan nak sebarkan dalam akhbar cepat sangat. Mungkin gi membeli-belah tu mereka balik jam 4.30 ptg atau mereka yang datang dari negeri lain ke Ibupejabat di Putrajaya dan selepas urusan kerja habis, takkan nak balik terus ke pejabat mereka dan mungkin sampai pun malam. Setelah selesai berurusan, mereka takkan tak boleh nak membeli-belah. Tolng jangan nak tudih kakitangan kerajaan tak buat kerja laaaa. Kakitangan swasta yang memonteng tak diambil kira ke. Begitu juga dengan pemberian hamper, kami sebagai penjaway awam tidak dibenarkan menerima hamper tapi bagaimana dengan kakitangan awam di swasta yang BERKEPENTINGAN?????
sakuntala
salam sat m'sia....nak komen tajuk la jugak ni...sebenownye budaya curi tulang, pemalas, makan gaji buta, malah budaya layanan kurang hajor kakitangan kepada orang awam sudah menjadi budaya turun temurun. Mana tidaknya, selection pekerja gomen mostly kroni dan adik beradik..bila dah rame kepupu kepupu dalam tu mula la jadi pekasam tak berfungsi..Rakyat mahrainnye penat membayor cukai, mengkeme pulak menghabihkan duit rakyat..Kalau begini kaedahnye ada baik YAB DS Najib kurangkan penjawat awam serta merta.. Kami golongan swasta dah muak dan tak kebulor nak menghambihkan wang hinggit membela benda benda pembaziran sebegini...Sekian..
cayrott
Disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga yang baik2.....
Leo
sape makan cili dia terasa pedas, pengalaman sndiri bnyak kali aku kena, sesetengah jabatan susah sangat nak call nak kena jawab..kpd yg suka mengular tu insaf2 la tak kisah la swasta atau kerajaan..
akm
lagi nak minta bonus, penyelarasan gaji, diskaun bagai...
Ahmad Asri
Ameer: Tajuk diatas mengatakan di Putrajaya, bukan nya di Sabah...tapi mmg dh kenyataankan, dan terang lagi bersuluh mmg rmi kakitangan awam yang curi tulang walaupun bukan dibulan ramadhan, nak gaji besar tapi tak setimpal dengan kerjanya..
Orang Awam
Banyak incentif diberikan oleh kerajaan kepada kaki tangan awam seolah olah kerajaan hanya bertanggung jawab kepada kaki tangan awam sahaja sedangkan tiada belaan terhadap perkerja swata. Tapi bila bab kerja, kaki tangan awam la paling rileks kecuali guru dan doktor awam. Yang peliknya, orang lain puasa juga tapi tak la sampai ambil kesempatan nak balik awal. kalau bukan bulan puasa, boleh tengok time sarapan keluar office padahal sarapan 15 minit sahaja. Time lunch apa tah lagi. Perkhidmatan pun teruk. Ingatla..kami pembayar cukai jadi kami nak perkhidmatan yang baik.
Leo
patutla susah sangat nak jawab telefon..
Knizam
Cuba kumpulkan semua syarikat swasta dibawah satu bumbung, dan dibandingkan dengan orang kerajaan, semua perangai lebih kurang sama jer.... suka ponteng kerja jugak... pendek kata jangan mengeji orang... muhasabah diri sendiri dulu. Di Bulan Ramadan ini tak baik bersangka buruk...
shahrul
kenapa perlu heboh ...bukankah kakitangan awam juga manusia biasa..
semua ini hanyalah gimik untuk menarik perhatian umum supaya membaca berita..adakah kerana itui mutu kerja kaki tangan awam terjejas..fikir-fikirkan..banyak lagi perkara yang lebih sesuai dilaporkan daripada berita ini..
richard
penjawat awam yang lari dr tugas pada waktu kerja sebenarnya telah lama berlaku cuma tidak di war-warkan sangat kerana mereka terdiri drp org org yang ada pangkat.Tapi bila tiap bulan ramadan inilah yang telah sering terjadi & peliknya cuma tahun ini saja baru di gemparkan.hari hari biasa pun boleh jumpa cuma skg terlalu ketara sangat.
Faisal II
dari segi kecekapan bekerja, bagi sy kakitangan krjn lebih cekap dan cepat dari swasta. sy selalu berurusan dgn pihak bank, tetapi mereka sememangnya lambat. kaunter ada 10, tetapi yg buka hanyalah 6 atau 7 shj.
sahly
Saya setuju dengan Ameer. Sebagai contoh, di tempat saya bertugas pada bulan Ramadhan ini, kami telah diberi pilihan untuk membuat pilihan samada untuk memilih waktu bekerja dari jam 7.30pg hingga 4.30 petang, 8.00 pg hingga 5.00 petang dan 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Masa rehat adalah seperti biasa dari jam 1.00 tengahari hingga 2.00 petang. Sebagai kakitangan awam, kami bekerja seperti biasa. Oleh itu jangan cepat salah sangka....
JPA kata segelintir.. akhbar kata ramai.. mana satu betul ni? Untuk makluman terdapat ramai penjawat awam di Putrajaya ini yang belum pernah mengunjungi bazar Ramadhan di sekitar pejabat Kerajaan. Kalau pemantauan dilakukan selepas 4.00 ptg tidak hairanlah, ramai yg dah menukar WP sebulan lebih awal sebelum Ramadhan..
antidengki
Tak baik berburuk sangka ataupun berhasad dengki di bulan baik lagi mulia ini. Think positif, jangan saja nak cari kesalahan orang. Pegi bazar ramadhan beli juadah untuk keluarga, bukan untuk mencari kesalahan orang.
farah hazwani
manusia pelbagai rupa dan wajah memainkan setiap detik dan seketika, hanya beberapa manusia cuma mengambil kesempatan bukan utk tujuan yg menghampiri berbeza ini lah ragam situasi pelbagai nama ikhlas manusia, manusia tak akan lari..dari bijak dan tawakal hati dengan rasa hati.
Ameer
tidak semua kakitangan awam berkelakuan sedemikian. orang awam kena tahu sepanjang Ramadhan tahun ni ada kakitangan awam yang balik awal pada jam 4:00 petang atau 4:30 petang dan telah menunaikan tanggungjawab seawal jam 7:30 pag.Masa rehat pula dipendekan selama 30 minit. Orang awam juga kena tahu ada sesetengah kakitangan swasta yang memakai pakaian mirip dengan kakitangan awam balik seawal jam 3:30 petang. perkara ini boleh dikesan di Sabah.
Senarai Komen
Saya selalu menasihatkan pekerja saya, nak bermalas malas pergi minta kerja dengan kerajaan disini kamu mesti produktif jika tidak saya pecat kamu! Alhamdullillah pekerja pekerja saya beri penuh komitmen dan sebagai bonus saya bukan saja memberi pelbagai insentif malah membuat promosi jawatan dalaman yang menjadi keutamaan syarikat demi menggalakan pekerja saya menjadi yang terbaik.
Apa yang harus kerajaan Malaysia lakukan?
1. Kaji dan pantau
2. Basmi dan buang (pekerja yang tiada kualiti - dianggap sebagai pembaziran)
3. Cuci dan bersihkan (pulihkan imej kerajaan yang tercemar kerana kakitangan yang tidak produktif)
4. Hapuskan 'kronisme' dalam seleksi pekerja. Sabaiknya pekerja awam tidak dibenarkan mempunyai hubungan kekeluargaan di jabatan yang sama. Tapi ia sudah jadi trend
5. Lantik Pengarah Jabatan yang muda
6. Tamatkan sistem pencen supaya ia tidak menjadi pelemak kepada pekerja awam sekaligus mengurangkan beban tanggung rakyat yg penat membayar cukai yang juga membebankan akaun negara.
7. Wujudkan sistem kwsp pada penjawat awam mengantikan sistem pencen
8. Kurangkan elaun yang melampau lampau
9. Kawal kenaikan gaji kerana ia dilihat tidak relevan
10. Basmi sebelum reputasi kerajaan memerintah dilihat lemah dan tidak mampu mengawal impak kemewahan dalaman penjawat awam tidak setanding produktiviti.
Pendapat saya adalah sebagai warga Malaysia.
apa pun kalau nak ulas pasal ya pun bulan x puasa pun ramai duk sembang kedai kopi waktu pejabat...punch pukul 8..turun minum sembang2 habis 1 jam....jam 10 minum pagi sembang2 habis 1 jam, jam tengahari makan rehat, minum petang keluar awal...kawan punch........nak buat macamana dah tak de kerja nak buat kat ofis.....
Kerajaan : Pekerja bermasalah kerajaan simpan buat pekasam : tiada tindakan keras seperti tamatkan perkhimatan
Ulasan : Sebab itu kualiti pekerja awam amat mengecewakan malah pekera awam amat biadap (bukti kepada pelaksaan sistem jika tak senyum sila buat laporan).
Pengalaman : JPN P Pinang. (Suami kepada bekas YB Adun Balik Pulau adalah kakitangan JPN) sikap amatlah biadap tak kira pada orang yg lebih tua apatah muda. Cara bercakap yang sombong.
Pengalaman Lain : Saya mampu nisbahkan hanya 30% daripada keseluruhan kakitangan awam yang bersikap ramah dan membantu, mostly golongan muda manakala golongan veteran sila perbaiki kualiti anda agar ia tidak menjadi buah mulut rakyat mahrain seperti "membela biawak hidup". Kamilah yang penat membayar cukai memberi kalian sesuap nasi jadi bermusabah diri itu baik utk kesihatan lebih lebih lg dibulan mulia ini.
semua ini hanyalah gimik untuk menarik perhatian umum supaya membaca berita..adakah kerana itui mutu kerja kaki tangan awam terjejas..fikir-fikirkan..banyak lagi perkara yang lebih sesuai dilaporkan daripada berita ini..