Ketua Pengarah Penjara, Datuk Wira Zulkifli Omar berkata, cabaran yang dihadapi setiap anggota penjara kini semakin mencabar kerana dengan sedikit kesilapan atau kecuaian ia boleh mendatangkan implikasi buruk kepada anggota sekaligus menjejaskan imej jabatan dan kerajaan.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perbarisan tamat Latihan Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 1/2012 di Pusat Latihan Pegawai Penjara di sini hari ini.
Pada majlis itu beliau turut menyampaikan anugerah kepada pelatih Terbaik keseluruhan, pelatih latihan luar wadar, pelatih terbaik menembak wadar dan pelatih terbaik akademik wadar. - BERNAMA
