Karate yang menawarkan 16 pingat emas adalah acara paling awal dipertandingkan di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada Ahad dan Isnin lalu.
“Acara perahu layar menawarkan 12 emas akan mula dipertandingkan mulai esok hingga 11 Julai di Pusat Rekreasi Air Balok, Kuantan,” katanya di Kuantan, semalam.
Lapan lagi acara dipertandingkan sebelum upacara perasmian ialah bola sepak, berbasikal, hoki lelaki, boling, badminton, sepak takraw, tenpin bowling, bola tampar wanita dan bola tampar lelaki.
Sukma Pahang dari 7 hingga 16 Julai ini menawarkan 377 emas, 377 perak, 453 gangsa dengan penyertaan 5,828 atlit dan pegawai dari 15 kontinjen termasuk Brunei.



