Katrina paling seksi di dunia KATRINA menari dalam satu aksi filem Tees Maar Khan.
Gelaran kali ketiga aktres Bollywood

BIRMINGHAM: Pelakon terkenal Bollywood, Katrina Kaif dinamakan sebagai 'Wanita Paling Seksi di Dunia' buat tahun ketiga sekali gus mengalahkan pesaing terdekatnya iaitu Priyanka Chopra yang berada di tempat kedua, Bipasha Basu, Freida Pinto dan Lara Dutta.
Aktres itu yang mana filemnya bertemakan tarian meraih banyak peminat, mengungguli senarai wanita paling hangat di dunia oleh akhbar berpusat di London, Eastern Eye.


Selain menjadi kalangan aktres paling banyak dirakamkan di dunia, Katrina juga dianggap paling laris selain seksi dan yakin pada diri sendiri.

Selepas membuktikan lakonannya dalam Raajneeti, Katrina terus menggegarkan layar perak dengan lagu terbarunya Sheila Ki Jawani daripada filem akan datangnya Tees Maar Khan, satu daripada filem yang paling dinanti-nantikan tahun ini.

Pengarang hiburan Eastern Eye, Asjad Nazir, yang juga pengerusi panel pemilihan, berpendapat kemenangan Katrina adalah amat menakjubkan kerana standardnya yang tinggi.

“Walaupun heroin Bollywood mendominasi 10 tangga teratas, senarai bagi 2010 termasuk pemenang ratu cantik, aktres atasan dari seluruh dunia, bintang pop dan personaliti televisyen. Sebab itulah Katrina berhak berbangga atas kemenangannya.”
Berbangga dengan pemilihan itu, Katrina berkata: “Saya amat gembira berjaya mendapat tempat teratas dalam senarai Eastern Eye sekali lagi. England sudah tentu tempat yang amat istimewa buat saya dan saya fikir amat manis diundi wanita paling seksi oleh mereka. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas sokongan anda.”

Tinjauan itu dijalankan oleh penerbitan Asia Selatan paling popular, berpengaruh dan terkenal di United Kingdom. Aktres Pakistan, Mehwish Hayat berada di tempat kelapan, satu tempat di belakang Kareena Kapoor.

Katrina dilahirkan di Hong Kong oleh bapanya berasal dari Kashmir, manakala ibunya, warga British. Beliau menghabiskan masa kecilnya di Hawaii dan kemudian berpindah ke England.

Beliau kali pertama dilihat pengeluar filem, Kaizad Gustad ketika menjadi model kempen barang kemas di London dan dari situ bermulalah kerjayanya sebagai pelakon Bollywood menerusi filem Boom. – Agensi