PUTRAJAYA: Kelab Putera 1Malaysia akan mengutamakan prosedur keselamatan misi kemanusiaan untuk membantu orang Islam Rohingya di Myanmar bagi mengelakkan tragedi Somalia tahun lalu berulang.
Katanya, pasukan peninjau akan bertolak ke Bangladesh pada Jumaat ini, dan pada 31 Ogos pula, pasukan utama yang terdiri daripada 50 sukarelawan akan menyusul.
"Kita akan memasuki Bangladesh melalui Chittagong, bandar kedua terbesar di Bangladesh dan menaiki kenderaan di darat sejauh 150 kilometer untuk memasuki sempadan Myanmar," katanya semasa ditemui di Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri bersama Jemaah Menteri di Sri Perdana, di sini, malam tadi.
-- BERNAMA
