login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:29
16:47
19:29
20:39
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 23 Februari 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Nasional
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Keputusan denda RM2,000 Tian Chua cetus persoalan
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali dan S Anand Kumar
bhnews@bharian.com.my
2010/06/19

YB Batu boleh hilang kerusi selepas jatuh hukuman: Pakar

KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Tinggi, kelmarin mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan mengurangkan denda daripada RM3,000 kepada RM2,000 terhadap Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang yang didapati bersalah mencederakan anggota polis tiga tahun lalu, menimbulkan keraguan mengenai statusnya sebagai wakil rakyat.
Peguam terkemuka, Karpal Singh dan pakar Undang-undang Perlembagaan, Dr Shamrahayu Ab Aziz berpendapat undang-undang adalah jelas bahawa Tian Chua hilang kelayakan walaupun hukuman denda ke atasnya dikurangkan.
Kontroversi itu timbul apabila Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha dalam penghakimannya, kelmarin, berkata hukuman dikurangkan bagi mengelakkan pilihan raya kecil diadakan.

Bagaimanapun, Karpal berpendapat Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan secara jelasnya menyatakan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakannya jika disabitkan kesalahan dan dihukum penjara setahun atau didenda RM2,000 atau lebih, serta tidak mendapat pengampunan.

“Mengikut Perkara 53 Perlembagaan Persekutuan pula, seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan serta-merta jika dia tidak merayu keputusan mahkamah itu dalam tempoh 14 hari.

“Sekiranya Tian Chua hendak mengemukakan rayuan, beliau perlu mendapatkan kebenaran terlebih dulu daripada Mahkamah Rayuan, tetapi hendaklah berdasarkan kepada persoalan undang-undang dan bukan untuk mengetepikan hukuman,” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, semalam.
Mengambil satu contoh kes sama pada 1975, Karpal berkata, Ahli Parlimen DAP Fan Yew Teng bagi kawasan Menglembu (ketika itu) yang dihukum penjara enam bulan dan didenda RM2,000 selepas disabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan, terpaksa mengosongkan kerusinya.

Shamrahayu yang juga Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berpandangan sama dengan Karpal, berkata tidak wujud sebarang kekeliruan dalam Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, peguam Tian Chua, Amer Hamzah Arshad tetap dengan pendiriannya bahawa anak guamnya masih kekal sebagai Ahli Parlimen dan Ghazali tidak tersilap dalam penghakimannya.

Amer Hamzah pula mengambil contoh kes Pegawai Pendakwa lawan Leong Yin Ming pada 1993 apabila Mahkamah Agung ketika itu memutuskan bahawa interpretasi ‘tidak kurang’ dalam Perkara 48(1)(e) bermaksud ‘lebih’, bermakna bagi menjadikan anak guamnya hilang kelayakan, Tian Chua hendaklah didenda melebihi RM2,000.

Dalam pada itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata pihaknya sehingga kini tidak menerima sebarang surat atau dokumen rasmi daripada pendakwa raya berhubung kes Tian Chua.

“Sama ada pilihan raya kecil akan diadakan atau tidak bergantung kepada keputusan mahkamah. Kita tunggu dan lihat,” katanya.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi berkata hanya Dewan Rakyat boleh membuat keputusan sama ada kerusi Parlimen Batu perlu dikosongkan atau sebaliknya.

“SPR hanya menunggu makluman rasmi daripada Pejabat Speaker Dewan Rakyat dan buat masa ini, SPR tidak boleh mengambil sebarang tindakan," katanya.

Dalam perkembangan sama, Berita Harian difahamkan, pendakwa raya dan peguam bela Tian Chua akan mengadakan perjumpaan dengan Ghazali, Isnin ini untuk penjelasan mengenai keputusannya.
Komen Anda
Guna Facebook id anda.
Nama :
Emel :
Komen :
 
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

akawas
PRK lagiii...hehehe..btl tu Ali, rezeki..x kira opp atau govrmnt..
mehad salleh
saya sependapat dengan saudara SAM tu.. kalau kena pada polis penjaralah jawabnya..
manis
dah salah tu hukum betul-betul, bukan suka-suka. Apa orang besar buat salah , hukuman boleh tukar-tukar ke ?. kalau orang kecik buat salah , macamana ?.
hilmi hashim
Kalau hilang kelayakan... Pilihanraya kecil lagi. Kerajaan kena belanja untuk pilihanraya lagi. Habis duit untuk PRK saja. PRU 12 membawa musibah yang berlarutan mungkin hingga ke PRU 13 ?? Apa pula akan berlaku dengan PRU 13 ????? Sama-sama kita lihat ??
ali
pilihanraya lagi.. rezeki... rezeki...
sam
kalalu polis pukul orang awam hampa penjarakan polis tersebut, kalu ADUN denda saja.............
rasdi
kenapa spr mengatakan dewan rakyat je yg boleh menentukan kerusi itu kosong, tetapi masa di perak dulu spr yg menentukan kerusi 3 adun tu kosong.


SERTAI KAMI DI FACEBOOK
iklan iklan
iklan

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker