header

Kerajaan BN bukan zalim: Shafie

KUALA KRAU: Kerajaan meminta peserta FELCRA supaya memikirkan dengan bijak segala bantuan yang dinikmati dan disalurkan selama ini sebelum terperdaya dengan dakyah pembangkang menyatakan pemerintah sekarang adalah zalim.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal, berkata peserta FELCRA harus membuat perbandingan dengan sewajarnya kerana tiada kerajaan di negara lain malah di dunia yang menjaga kebajikan mereka dengan sebaik-baiknya.

"Kita bukan sekadar beri bantuan kepada mereka, malah menjaga kebajikan isteri dan anak-anak. Selain pendapatan menerusi hasil tanaman getah dan kelapa sawit, kita turut menyalurkan bantuan kepada anak-anak peserta FELCRA untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi," katanya ketika berucap pada majlis mesra rakyat di Kedai Koperasi Rumpun Makmur di sini, tengah hari tadi. Hadir sama Pengerusi FELCRA Bhd (FELCRA), Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Shafie yang juga Naib Presiden UMNO berkata, skim tanaman yang diperkenalkan FELCRA, RISDA dan FELDA terbukti berupaya mengatasi masalah kemiskinan dan diiktiraf Bank Dunia sebagai yang terbaik dilaksanakan di kalangan negara maju termasuk Malaysia.

"Jadi, kita jangan mudah terpedaya sehingga ada pihak yang menuduh pemerintah zalim," katanya.

Beliau berkata, peserta tanah rancangan juga diingatkan supaya tidak mudah terpesong dengan dakyah kononnya kerajaan sekarang tidak bijak mentadbir negara ini.
"Adakah PAS dan Parti Keadilan Rakyat lebih bijak daripada Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri yang dikuasai pembangkang," katanya.

Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, beliau meminta peserta FELCRA supaya menggunakan hak mereka dengan bijak demi menjamin masa depan keluarga dan memastikan pewaris mereka terbela.

Pada majlis yang sama, Shafie turut mengumumkan projek bekalan air di lima kampung sekitar Kuala Krau membabitkan peruntukan sebanyak RM4.2 juta dan menyerahkan bantuan kepada 23 peserta homestay dari kalangan peserta FELCRA.



CALON Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad menunjukkan isyarat bagus kepada jurufoto media selepas diumumkan memenangi kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya kecil DUN Kerdau di pusat penjumlahan rasmi undi, Dewan Tun Razak, Temerloh. - Foto Sairien Nafis
Mar 7, 2011 12:19 am
CALON Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad dijulang oleh penyokong selepas diumumkan menang bagi DUN N.28 Kerdau di Dewan Tun Razak, Temerloh. - Foto Luqman Hakim Zubir
Mar 7, 2011 12:13 am
NAIB Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengangkat tangan calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad ketika diumumkan memenangi pilihan raya kecil N.28 DUN Kerdau di Pusat Penjumlahan Rasmi Dewan Tun Razak, Temerloh. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Mar 7, 2011 12:12 am
CALON Barisan Nasional (BN) DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad mengangkat tangan selepas diumumkan menang DUN Kerdau dengan majoriti 2,724 di Dewan Tun Razak, Temerloh. - Foto Luqman Hakim
Mar 7, 2011 12:08 am
CALON Barisan Nasional, Syed Ibrahim Syed Ahmad disambut ketika meluangkan masa meninjau peti undi di Jengka 25. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Mar 6, 2011 4:17 pm
KEADAAN lalu lintas di SMK Kerdau semasa hari pengundian pilihan raya kecil DUN Kerdau. - Foto Ahmad Al-Arfan Malik
Mar 6, 2011 4:12 pm
GELAGAT penyokong Barisan Nasional yang berhimpun di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau untuk meraih undi. - Foto Syed Abdullah Syed Nordin
Mar 6, 2011 4:08 pm
PENGANTIN baru, Marni Azlina Deraman, 26, sejurus keluar selepas membuang undi sambil diiringi suami, Mohd Saharul Hisham Hashim, 27, di Pusat Pembuangan Undi, Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 23. - Foto Sairien Nafis
Mar 6, 2011 4:06 pm
JENTERA Barisan Nasional menyediakan kemudahan bot untuk pengundi yang tinggal berhampiran Sungai Pahang untuk pergi mengundi. - Foto Syed Abdullah Syed Nordin
Mar 6, 2011 4:04 pm
CALON Barisan Nasional, Syed Ibrahim Syed Ahmad dijulang tangan ketika berjalan dihadapan peraih undi PAS ketika meninjau peti undi Jengka 25. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Mar 6, 2011 4:01 pm

DUN Kerdau: Suasana penjumlahan undi dan pengumuman rasmi

Pautan Berkaitan