NIBONG TEBAL: Kerajaan Pusat sudah membelanjakan sebanyak RM22.5 bilion sejak lima tahun lalu bagi tujuan pembangunan di Pulau Pinang.

Penasihat Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman, berkata ia membuktikan Kerajaan Pusat di bawah Barisan Nasional (BN) komited terhadap pembangunan negeri ini walaupun ia ditadbir pakatan pembangkang.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Menteri Dalam Negeri Bersama Anggota RELA di sini, sebentar tadi.