Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, setiap rumah yang dikenali pasti oleh Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk dibaik pulih akan menerima peruntukan antara RM6,000 hingga RM9,000.
"Bantuan ini adalah satu lagi tanda keprihatinan kerajaan kepada golongan nelayan supaya mereka dapat tinggal di rumah yang lebih selesa dan selamat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Baik Pulih Rumah Nelayan di Bagan Ajam, di sini hari ini. - BERNAMA
