Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, mengikut statistik, sejumlah 974 tangkapan berhubung kes mencuri pasir dibuat pada 2008, 159 kes (2009), 91 (2010) serta 37 tangkapan tahun lalu.
"Jumlah tangkapan dan kompaun ini berkurangan antara lain disebabkan keberkesanan operasi pemantauan kecurian pasir yang dibuat oleh daerah-daerah di bawah kelolaan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu dari MCA Wong Koon Mun pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini, hari ini. - BERNAMA



