Kuala Lumpur: Pemilik Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di Taman Melati, di sini, yang dikaitkan dalam isu rakaman video kanak-kanak dipukul di premis itu, ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), semalam.

Wanita berusia 35 tahun itu tampil bersendirian kira-kira jam 10.30 pagi selepas dipercayai menghilangkan diri sejak seminggu lalu.
Ia dipercayai susulan tersebarnya rakaman video di Internet, antara lain memaparkan kanak-kanak yang dihantar ke TASKA berkenaan dipukul.

Ibu bapa boleh buat laporan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita berkenaan dan dia akan direman hari ini.

“Kita masih menyiasat dan penjaga yang berasa anak mereka menjadi mangsa dera di TASKA berkenaan diharap dapat membuat laporan polis,” katanya.

Isnin lalu, polis menahan dua kakitangan TASKA terbabit bagi membantu siasatan berhubung penyebaran rakaman video itu di Internet, baru-baru ini.

Rakaman inisiatif penjaga Kakitangan wanita berusia 22 dan 31 tahun berkenaan ditahan di ibu negara, manakala tempoh reman mereka berakhir hari ini.
Rakaman video berkenaan diperoleh hasil inisiatif seorang penjaga yang meletakkan kamera tersembunyi dalam beg sekolah anaknya pada 17 Oktober lalu selepas menyedari kanak-kanak itu berkelakuan pelik setiap kali dihantar ke TASKA.