Nasional
Khatib seru elak perhimpunan
Oleh Meor Hisham Zulkifli, Mohd Anwar Patho Rohman, Haspaizi Mohd Zain dan Badrul Kamal Zakaria
bhnews@bharian.com.my
2011/07/02
Kebanyakan masjid di ibu negara nasihat umat Islam usah terjebakKUALA LUMPUR: Khutbah Jumaat yang disampaikan khatib di kebanyakan masjid di ibu negara semalam menasihat dan meminta umat Islam di negara ini supaya tidak menyertai perhimpunan haram anjuran kumpulan tertentu Sabtu depan.
Khatib yang menyampaikan khutbah mengingatkan umat Islam supaya sedar bahawa penganjur perhimpunan haram itu berselindung di sebalik nama perjuangan hak asasi manusia, perjuangan politik, menggunakan media cetak dan elektronik, kemudahan internet serta meniru tindakan keganasan di negara asing bagi menekan, mengugut pemerintah serta rakyat memenuhi tuntutan mereka.
Khatib di Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar dalam khutbahnya, menegaskan penganjur perhimpunan haram itu sebagai pengkhianat negara dan haram hukumnya bagi umat Islam menyertainya kerana ia mendatangkan keburukan, kegelisahan dan kesusahan kepada masyarakat.
“Mimbar menegaskan tindakan golongan pengkhianat ini adalah satu tindakan zalim dan haram bagi umat Islam mengikutinya kerana cara itu sebenarnya satu tindakan yang boleh mencampakkan manusia di dalam kebinasaan, mendatangkan keburukan, kegelisahan dan kesusahan kepada masyarakat.
“Semua golongan terutama umat Islam yang cintakan agama, bangsa dan negara dituntut supaya tidak terbabit dalam perhimpunan haram itu. Jangan sekali-kali terjebak dengan demonstrasi dikenali sebagai Perhimpunan BERSIH.
“Jangan kita terikut-ikut rayuan mereka dan jangan termakan budi dengan golongan yang tidak menyedari asal usul, tidak memahami adat budaya, latar belakang penduduk dan agama di negara ini,” katanya.
Beliau turut menegaskan, Islam menolak mana-mana gerakan-gerakan yang boleh menghuru-harakan keamanan sesebuah negara termasuk gerakan pelampau.
Katanya, ia selari dengan sabda Rasulullah SWT yang bermaksud “Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada bersikap pelampau, maka sesungguhnya umat sebelum kamu dibinasakan kerana bersikap melampau dalam agama.”
Katanya, isu ancaman ini perlu diambil perhatian semua pihak kerana ia membabitkan keselamatan negara dan jika perkara itu tidak dipatuhi, keutuhan bangsa akan hancur dan memusnahkan kedaulatan negara.
Khatib di Masjid Saidina Umar Bandar Damansara turut menasihatkan umat Islam memelihara nikmat keamanan dan bersyukur bahawa negara berada dalam suasana aman damai walaupun menghadapi beberapa isu yang boleh mengancam keselamatan negara.
Sementara itu, di Masjid Jamek Kampung Baru, khatib yang berkhutbah menggesa masyarakat Islam, terutama penduduk di sekitar kawasan itu agar tidak menyertai perhimpunan haram yang dijangka akan diadakan pada hari itu.
“Mimbar menggesa umat Islam dan penduduk di Kampung Baru supaya tidak akan menyertai perhimpunan haram pada 9 Julai depan kerana perhimpunan seumpama itu jelas lebih banyak memberi keburukan kepada masyarakat kerana ia akan menimbulkan huru-hara dan juga perpecahan perpaduan di kalangan kita sendiri,” katanya.
Komen Anda
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
Senarai komen
Hatta
Sedarlah melayu sekelian janganlah mudah diperalatkan...kita bangsa yang bermaruah baliklah kepangkal jalan, bukan berdemontrasi dijalanan.
Hatta
Diharap pihak berkuasa bukan sahaja mengeluarkan amaran tetapi bertindak secara drastik sebelum nasi menjadi bubur.
osman
Perhimpunan bersih boleh hancurkan negara dan rakyat. Gunakan ISA kepada yg. keras kepala dan lucut kewargenegaraan negara.Sepatutnya kita rakyat malaysia dan orang islam berdoa kpd allah minta keampunan, sejahtera dan aman. Belajarlah bershukur nikmat yg. diberikan allah kepada kita.Jangan biarkan anasir luar kucar kacirkan kita. Bertaubatlah.
oldman50
Perhimpunan haram yang akan diadakan adalah satu perbuatan yang merugikan dan tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada negara. Apa yang dapat kita lihat dan nikmati sekarang dalam negara adalah kemakmuran dan pembangunan yang pesat. Sekiranya pelbagai kaum dapat hidup dengan aman dalam negara ini, apa perlunya kumpulan yang tidak bertanggung jawab mengucarkacirkan keamanan yang ada sekarang. Orang-orang Melayu khusunya janganlah terperangkap dengan permainan politik orang tertentu, kerana pada akhirnya orang Melayulah yang paling rugi kelak.
Apa perlu orang Melayu mengikut telunjuk seorang bukan Melayu dalam kononnya membersikan amalan yang diamalkan oleh SPR.Saya masih tidak lupa bagaimana bekas peguam yang berbangsa India membunuh dengan kejam orang Melayu baru-baru ini. Inilah cara mereka berfikir dan tidak tahu mengenang budi. Cara yang sama juga cuba dilakukan oleh bangsa ini untuk memporakperandakan negara. Sekiranya perhimpunan haram ini tidak dibendung dan jika berlaku perkara yang tidak diingini ibu,bapa, isteri, anak-anak akan menanggung penderitaan. Pihak kerajaan perlu bertindak kepada mereka yang tidak bertanggung jawab ini dengan tegas, jangan di beri muka pada orang-orang seperti ini
kandar selamat
Syukur Alhamdullilah! Kesedaran menyeluruh seluruh umat dapat disampaikan! Betapa mereka yang menyeru kepada perhimpunan BERSIH adalah PENGKHIANAT dan DILAKNAT ALLAH!