"Saya sifatkan peluang mereka 50-50 dan jika mereka mengulangi corak sama ketika menewaskan pasangan Thailand hari ini, (semalam) tiada apa yang mustahil.
Kali terakhir pasangan beregu negara layak ke separuh akhir adalah Chong Tan Fook-Lee Wan Wah pada Sukan Olimpik 2000 di Sydney.
Tapi itu seharusnya bukan sasaran di sini kerana Kien Keat-Boon Heong perlu menghala kepada pencapaian mengatasi rekod Yap Kim Hock-Cheah Soon Kit pada 1996 di Atlanta yang meraih pingat perak.
Kim Her tidak menolak kemungkinan sejarah 16 tahun itu mampu berulang di London, esok.
