KUALA LUMPUR: Percikan bunga api hampir 10 minit di ruang udara perkarangan Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur (KLCC) tepat jam 12 tengah malam tadi menjadi tarikan utama sambutan Ambang Merdeka ke-55 pada tahun ini.
Sambutan bertemakan '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' itu diadakan cukup meriah dengan kehadiran kira-kira 20,000 pengunjung berlainan bangsa dan agama.
Selain pertunjukan bunga api, pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan gabungan artis lama dan baru tanah air antaranya David Arumugam dan Hafiz AF.
Sambutan gilang gemilang itu dianjurkan Syarikat Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).