login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:30
16:47
19:29
20:39
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 23 Februari 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Nasional
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Koc jamin keselamatan wanita
Oleh Hanisah Selamat
nisa@bharian.com.my
2010/04/29

SEKUMPULAN penumpang menaiki   koc khusus untuk wanita  yang diperkenalkan KTMB bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang, selepas beroperasi  secara rasmi semalam.
SEKUMPULAN penumpang menaiki koc khusus untuk wanita yang diperkenalkan KTMB bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang, selepas beroperasi secara rasmi semalam.
KTMB perluas gerabak merah jambu laluan Rawang-Seremban 15 Mei

KUALA LUMPUR: Koc komuter khusus untuk wanita yang diperkenalkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang semalam, akan diperluaskan untuk laluan Rawang-Seremban bermula 15 Mei ini.
Pemangku Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter, Mohd Hider Yusoff@Othman, berkata koc ‘Wanita Saja Sepanjang Masa’ bertemakan merah jambu itu diseragamkan ke semua laluan bagi memberi jaminan keselamatan dan keselesaan kepada golongan sasaran.
“Berdasarkan maklum balas penumpang sebelum gerabak ini direalisasikan, lebih 95 peratus bersetuju sekiranya koc berasingan disediakan dalam usaha mengurangkan risiko wanita menjadi mangsa gangguan seksual atau penyeluk saku.

“Koc Merah Jambu ini juga dibuka setiap hari dengan pelekat khas merah jambu pada bahagian pintu dan tingkap malah lokasi pemberhentian koc juga ditanda dengan warna sama,” katanya selepas membawa rombongan media menaiki gerabak itu di sini, semalam.

Begitupun, kanak-kanak lelaki 12 tahun ke bawah yang bersama ibu mereka boleh menaiki gerabak khas malah KTMB turut mempertimbangkan keselesaan penumpang lain dengan menukar koc wanita sebagai koc biasa sekiranya berlaku insiden atau kelewatan tren yang teruk.

Sementara itu, rata-rata penumpang menyambut baik usaha KTMB memperkenalkan koc itu namun meminta khidmat komuter ditingkatkan terutama dalam mengurangkan kekerapan kelewatan tren yang masih berlaku.
Pereka Grafik, Noor Hakimah Daud, 24, berkata kebiasaannya wanita perlu berasak-asak dengan lelaki terutama pada waktu puncak namun hari pertama koc wanita diperkenalkan, keadaan tampak berubah.

Bagi pelajar, Nandra Fairuz Indra, 18, berkata insiden begnya diseluk tahun lalu membuatkannya cuak apabila menaiki komuter dan pengena-lan koc itu mampu mengelakkan wanita lain menjadi mangsa.

Pegawai Bank, Ong Choe Kent, 25, berkata makluman kewujudan koc itu perlu dihebahkan bukan sekadar menampal pelekat merah jambu atau membuat pengumuman di stesen kerana masih ramai tidak sedar adanya koc itu.
Komen Anda
Guna Facebook id anda.
Nama :
Emel :
Komen :
 
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

khartina
inisiatif yang sangat wajar...
dila
baguslah ada koc khas untuk prmpn. saya sangat setuju ianya dibuat. tak perlu rasa risau lagi untuk berasak-asak dengan lelaki.
taqi
salam, tp bagaimana yg bersama-sama keluarga? ke ade tambahan koc utk keluarga?


SERTAI KAMI DI FACEBOOK
iklan iklan
iklan

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker