login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:30
16:47
19:29
20:39
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 23 Februari 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
MukaDepan
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Koperal didakwa
Oleh Rafidah Mat Ruzki
fidahruzki@bharian.com.my
2010/05/11

JENAIN (kiri) dibawa keluar dari Mahkamah  Sesyen Shah Alam, semalam.
JENAIN (kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Shah Alam, semalam.
Koperal Jenain Subi dituduh menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, di Shah Alam, akhir bulan lalu. Bagaimanapun Jenain mengaku tidak bersalah

SHAH ALAM: Seorang polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap pertuduhan menyebabkan kematian remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, akhir bulan lalu.
Jenain Subi, 48, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, menyebabkan kematian Aminulrasyid jam 1.10 pagi pada 26 April lalu.
Dia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini.

Jenain yang berbaju T kuning dan berseluar jeans biru, tiba di Kompleks Mahkamah Sultan Abdul Aziz Shah jam 11.30 pagi semalam, dikawal ketat polis selepas ditahan beberapa jam sebelum itu.

Hakim M Gunalan menetapkan RM10,000 jaminan kepada tertuduh dengan seorang penjamin serta menetapkan 10 Jun ini sebagai tarikh sebutan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Duzuki Mokhtar memaklumkan kepada mahkamah, pendakwaan menawarkan jaminan RM35,000 dengan seorang penjamin.
Peguam tertuduh, Salim Bashir, meminta jaminan itu dikurangkan berikutan keluarga tertuduh tidak mampu membayarnya.

Katanya, Jenain dari Sabah berpendapatan RM3,000 sebulan, manakala isterinya, seorang guru berpendapatan RM1,800 sebulan.

“Tertuduh masih berkhidmat di IPD Shah Alam dan tidak ada isu dia akan melarikan diri,” katanya.

Selain itu, Salim berkata, pembelaan memohon mahkamah mengambil kira Jenain direman sementara menunggu perbicaraan jika keluarganya gagal membayar jaminan dan keadaan itu akan menimbulkan masalah kepada keluarganya.

Katanya, keluarga mangsa hanya mampu membayar jaminan RM6,000 atau RM7,000 dan berharap mahkamah tidak mengambil kira sentimen terhadap kes itu berikutan tertuduh belum bersalah sehingga dibuktikan.

Beliau berkata, tertuduh pernah berkhidmat sebagai polis di Mahkamah Shah Alam dari 1996 hingga 2008 sebelum kembali ke IPD Shah Alam hingga sekarang.

Jenain yang mula berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia sejak 1985, adalah daripada suku Bajau serta anak sulung daripada tujuh beradik dan sudah berkahwin serta mempunyai empat anak.

Mohd Dusuki berkata, kesalahan mengikut Seksyen 304 (a) membawa hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan denda.

Gunalan berkata, beliau mengambil kira tertuduh tidak bersalah sehingga dia dibuktikan sebaliknya dan mengambil kira faktor masalah kewangan yang dihadapinya.

Percubaan menemuramah isteri tertuduh di mahkamah pagi semalam, gagal apabila wanita itu terus keluar dari kamar selepas kes selesai.

Ketika cuba didekati pemberita, wanita itu yang kelihatan menangis, segera melarikan diri apabila menyedari kehadiran pemberita.

Kes kematian Aminulrasyid pada awal pagi Isnin, 26 April lalu mendapat liputan meluas dan kecaman masyarakat selepas remaja itu mati terkena tembakan di kepalanya ketika dikejar anggota peronda yang sebelum itu mengarahkan remaja yang memandu kereta Proton Iswara, berhenti.

Dalam kejadian di Seksyen 11, Shah Alam, kira-kira jam 2 pagi itu, Aminulrasyid meninggal dunia selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri.

Pasukan peronda berkenaan sebelum itu mengarahkan remaja terbabit menghentikan keretanya untuk pemeriksaan, tetapi pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam itu, dikatakan memecut sebelum kenderaannya berjaya disekat di Jalan 11/2G, Seksyen 11.
Komen Anda
Guna Facebook id anda.
Nama :
Emel :
Komen :
 
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

citizen
saya pun amat sedih...sepatutnya dia tidak didakwa membunuh tetapi sepatutnya cuai. dan ibubapa arwah perlu didakwa untuk memmastikan keadilan untuk semua.
dee
jadikan peristiwa ini pengajaran pada pihak polis & jgk ibubapa semua,jgnlh terlalu mengikut perasaan(org ramai/polis)apa yang terjadi ini mst ada hikmahnye,dan berbanyaklah bersabar kepada keluarga aminulrasyid dan jgk koperal jenain,mungkin ini kebetulan takdir yang sudah ditentukan,marilah kita ambil peristiwa ini menjadi titik permulaan perubahan bagi semua ibubapa & pihak polis untuk menjalan tanggunjawab masing2 dengan lebih baik, janganlh selalu menghukum,tp perbaikilh diri kita semua,setiap manusia ada kelemahan.
panah beracun
polis yang menjaga keamanan di perlakukan begini . anak mereka yang membuat salah dengan memandu tanpa lesen , keluar malam dan lari bila disuruh berhenti di bantu ..inikah keadilan zaman ini ? bayangkan budak itu terus hidup dan bila besar jadi penjenayah ? adakah keluarga mereka akan bertangungjawab ? sayang anak terlampau sehingga kepentingan anak diketepikan ...inilah dunia akhir zamn
samion
tidak perlu sampai mengacukan pistol ke bahagian kepala. dengan menembak ke arah tayar ataupun ke atas sudah cukup untuk menggertak mangsa. please lah. kalau macamni pun nak pertahankan, berapa lagi la yang mati sia2 camni. kesian. lain la kalau mangsa mengancam nyawa polis tu, barulah ia boleh ditimbang. ini takda apa, terus pi tembak. kalau peluru kapur takpe lagi. dunia2. senangnya menghukum orang.
eima
puashati ke keluarga arwah aminurrasyid dengan terdakwanye koperal jemain..hrpnye selepas ini jgnle terjadi lg peristiwa yg sama pada ahli keluarga yg lain nanti terusterusan pihak pdrm d persalahkan..apa yg terjadi pd aruah dah terbela tp nasib keluarga koperal tu plak sape nak bela..
kamarudin b. mahmud
Takziah kepada keluarga Aminulrasyid. Allah amat sayang kepada arwah,memang ada hikmah disebalik peristiwa tersebut. Pihak PDRM seharusnya tidak boleh dipersalahkan 100%, dalam keadaan yang gelap pkl 2.00 am sesiapa pun sukar untuk mengecam seseorang. Tugas polis sentiasa dalam risiko yang tinggi, kalau mereka tidak bersedia dengan senjata yang canggih alamatnya tidak bernyawa lah mereka. Penjenayah sekarang spt pengedar dadah, pengedar VCD haram, along, laupan kelab malam, disko dll mempunyai senjata yang lebih canggih daripada polis. Bagi keluarga Jenain bersabarlah saya memahami situasi anda kerana saya berkerjaya dalam bidang anda juga. Dunia sekarang memang suka menyalahkan orang lain terutamannya orang yang jujur dan amanah dalam menjalankan tugas. Pegawai polis jangan pula rasa kecewa dengan peristiwa ini kerana tanggungjawab anda dapat memastikan keselamatan penduduk malaysia. Penjenayah sekarang memang ganas dan tahu mengambil kesempatan terhadap Malaysia. Jadikan peristiwa itu sebagai pengajaran kepada kita semua terutamanya ibu bapa jangan terlalu memanjakan anak-anak hingga membenarkan perkara yang salah atau cuai dalam mengendalikan sesuatu misalnya kunci kereta janganlah diletakkan bersepah-sepah hingga mudah dimanipulasi oleh anak mereka.
louis
polis tidak boleh bertindak melulu. Mereka perlu kenalpasti dengan betul sebelum menembak. manalah tahu ada orang yang tidak bersalah atau diculik oleh penjenayah pada ketika kejadian. tembakkan rambang boleh menyebabkan sesiapa meninggal dunia. Polis memang ego, kalau orang kaya mereka tak ambil kisah, kalau orang miskin buat hal sikit, tau-taulah perangai mereka nak tunjuk lagak. sedarlah wahai polis-polis.
amirul
Tak sengaja nak tembak sampai mati.. tapi tu la... bende nak jadi kan... koperal tu pon bukannya nak headshot Aminul...
Apa pon, harap polis dapat ambil pengajaran, gunakan senjata api secara berhemah...
wana
Salam..sedih sgt ngan nasib Koperal Jenain. Klu mcm ni lah, baik bg polis tu pegang cota je..xyah bagi pistol..sbb klu bagi pistol pun, lepas ni mesti polis² kat luar tu takut nk guna...nnt jd mcm kes ni plk..gara² seorang remaja, institusi polis tercemar..sedih sangat...
rudy
polis menjalankan tugas harus mematuhi prosedur, jgn mengunakan senjata api kalau bukan kes-kes yg berat (jenayah)seperti pengedaran dadah,rompakan dll. orang awam pula jgn melanggar undang-undang dan peraturan pihak berkuasa, kalau dah rasa bersalah ikut arahan yang telah dibuat oleh pihak yg berkuasa (berwajib).
Tampico
Semua kena amik iktibar....
Bg yg tak reti bahasa apabila polis suruh berhenti, berhenti sajalah... Buat apa nak lari klau tak bersalah...
Bg. PDRM, memang susah kalau tertembak, memang kena kaji balik SOP tu...
Walau bagaimana pun yg pergi tetap tak kembali tetapi adakah kita ingin melihat sebuah lg keluarga seperti keluarga En. Janain musnah...????
Apa akan jadi kepada isteri & anak2 En Janain..?? Moga kerabat arwah Aminulrasyid gembira dan puas hati....
Akhir kata, jgn buat perkara-perkara yg bodoh kerana kebodohan itu akan menyebabkan kesusahan kepada org lain.....
tham lee toy
nampak je polis seseorang akan lari bila rasa dirinya bersalah... jangan salahkan polis
mawardah
jgn nk salahkn polis 100%,,depa hya mnjlnkn tugas..ibu bapa perlu main peranan yg pnting..jagn dok bg ank2 naik keta tnpa ada lesen..n jgn slhkn pihk polis 100%,,depa hya jlnkn tugs..xdak depa duynia xamn..jgn nk mhukum pd pihk yg xbsalah hya dgn 1 stigma ibu bapa mgsa yg mgtakan ank2 depa baik,,

Martabatkan PDRM! Hrp keluarga Kopral Jenain dpt bersabar dan tabah.
nick
Tahniah kepada keluarga allahyarham kerana "BERJAYA" menegakkan keadilan dengan berjaya menyebabkan orang yang menjalankan tugas dengan ikhlas dan berani digari. Harap anda sekeluarga berpuas hati. Bila pulak Tuhan akan membalas anda kerana melakukan begitu terhadap orang lain? Ingat akhirat... Yang pergi biarlah pergi... Mungkin dah ajalnya begitu dan waktu tu jugak...
hata ariel
bagi pendapat saya, memang menjadi kelaziman bagi polis untuk mengangkat senjata, kerana kereta yang dipandu arwah memang mat mencurigakan, melanggar kereta lain sebelum ni dan memandu dalam keadaan merbahaya. in fact dalam kebanyakan kes jenayag sebelum ini, kebanyakan pemandu yang ditembak adalah penjenayah yang memandu dalam keadaan amat mencurigakan....
bagi saya kes ini adalah kes tidak sengaja berdasarkan kelaziman tindakan polis.

ibu bapa perlu lebih prihatin dengan anak2 in fact tak wajar remaja berusia 15 tahun keluar rumah pada lewat malam, mendu tanpa lesen dan membawa kereta dalam keadaan bahaya. pastinya keadaan ini mencurigakan dan amat merbahaya....

ingat: polis hanya menjalankan tugas....
Asmarah Rikun
Dapat kah kita bayangkan kalau PDRM tidak menjalankan tugas. Benar kata kita perlu profesional.. Dapatkah berlaku sesuatu kejadian tanpa cacat celanya. Apakah ada manusia Maksum abad ini. Selagi bergelar INSAN kita memiliki segala macam kelemahan. Percayalah pada Qada dan Qadar ketentuan Allah SWT. Janganlah mengadili si Polis dan aruah Adik Aminulrasyid dan keluarganya seolah-olah sudah terbukti bersalah. Pembangkang menjajah isu ini untuk kepentingan politik mereka adalah sesuatu yang tidak beretika. Apapun Al-Fatiha untuk kedua-duanya. Semoga keluarga Polis dan Arwah mendapat rahmat serta keampunan Allah swt. Amin
ayeem
Ini sebagai pengajaran kpd semua, baik dr pihak polis dan org awam...masing punyai kesalahan...kalau dah takda lesan tak nak memandu dan keluar hingga larut malam, mak bapak perlu juga pantau anak. Yang si polis pula jangan sewenangnya nak lepaskan tembakan sewenangnya.Kalu betul tembakan pertama terkena tayar , memang pasti kereta yang yg di pantu budak tu akan berhenti.Tak payah nak tembak berkali-kali.Walau apa-apa pun anggaplah ini sebagai TAKDIR dari ALLAH dan sentiasa beringat sebelum kena.
suhaimi
dalam hal ni ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam menjaga anak2..jangan salahkan polis semata-mata mereka menjalankan tugas untuk keselamatan kita semua
HAMSINAH BINTI AB.RAHMAN
walau apa pun.....penyalahgunaan tetap salah......!
LUNA
saya sokong iman n misz aen
Tompinai
tugas polis memang mencabar dan sanjung tinggi untuk menjaga ketenteraman awam. walau bagaimanapun, sekiranya anggota berpengetahuan tinggi tetapi sikap yang meronta-ronta untuk menembak tanpa berfikir, satu perkara yang kita tidak boleh diterima. mujur, mangsa yang kena tembak bukan anak vip, yb atau yang berpangkat tinggi....
Noranie
dalam hal ini anggota polis yang lain jangan mudah putus asa, kasian kopral tu dahlah kena ikatjamin tinggi

pengajaran kepada remaja dan polis.. harap semua terima dengan hati yang terbuka, bagi aku arwah bersalah n polis ni pon bersalah.. msg2 x ikut undang2.
shy
Korperal Jenain adalah hero yang sebenar!!!
samara sal
kepada kakak arwah aminurasyid saya bersimpati kepada anda kerana kehilangan adik dan takziah diucapkan, semuga arwah beliau ducucuri rahmat hendaknya. Alfaatihah. Bersabarlah..tidak perlulah kenyataan anda didalam akhbar seolaholah arwah adik anda berada dalam situasi yang betul, baik dan tidak menyalahi undang-undang. Apabila anggota polis ditangkap dan dikenakan tuduhan anda saperti beranggapan anggota polis itu memang bersalah tanpa mengetahui situasi semasa kejadian. Saya faham perasaan anda apabila kehilangan seorang adik yang anda anggap baik dan tidak mungkin melakukan hal sebegitu. Begitu pun anda seharusnya pasrah dan serahkan kepada mahkamah yang menentukan
nadzri
Alfatihah untuk yang meninggal....tetapi apapun yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT. Apa yang menyedihkan saya adalah apa yang berlaku pada Koperal Jenain yang menjalankan tanggungjawab yang diberikan tetapi akhirnya.....dia yang mendapat bala. Apakah ini adil sebagai penjaga keamanan negara yang menggalas amanah negara?
aku
koperal dah didakwa... hrp keluarga allahyarham aminurrasyid puas hati.. meletakkan semua kesalahan di bahu org lain mmg mudah. Tapi salah sendiri? susah kan nak ngaku?
ULTRA
Mmmm...itula qada & qadar allah.kalau nak terjadi maka jadilah.cuma kita perlu bersabar
pada ibu mangsa cukup2 la tu bawak betenang.kita pun akan mati juga nanti.tak payahla guna pak politik.nanti kalau kes menang mesti orang kata berat sebelah punya...pada koperal tu kesian dia...munkin dia tak berniat nak membunuh...tapi kalau malaikat maut dah menjemput tak payah dengan pistol...tengah ketawa pun boleh mati..wasalam
samara sal
Amat mudah untuk kita berkata bertindaklah secara berhemah, profesional dan waras kepada pihak berkuasa apabila berlakunya satu-satu kes saperti ini tapi profesional kah kita? berhemahkah kita? waraskah kita? matangkah tahap pemikiran kita? apabila kita seperti telah menjatuhkan hukuman bersalah kepada pihak tertuduh yang belum didapati bersalah? Ini kah taraf pendirian dan pemikiran rakyat malaysia?
azzam azman
tahukah Koperal tersebut, kesalahan yang dia buat itu akan efect kerajaan. beliau sebagai penjawat awam sepatutnya "menjaga" tuannya yakni kerajaan Malaysia, bukan menyepak tuannya. kalau dia dahtak suka kerajaan Malaysia, mengapa dia masih nak bertugas penjawat awam? kena check balik ni, koperal ni di "beli" ke? siapa yang beli dia? sekarang ni orang guna duit je untuk jatuhkan kerajaan malaysia dengan berbagai cara. sekian.
reen
buat family Koperal Jenain Subi, byk2 bersabar semua ini adalah dugaan dari yg Illahi. InsyaAllah kebenaran akan memihak kepada yg tidak bersalah..byk berdoa dan bertawakkal.
kepada keluarga si mati, takziah..cuma al-fatihah dan doa yg mampu kami beri..byk2 bersabar. Dugaan dr Allah cuma dia yang merancang dan kita yg hidup harus redha..mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian..amin.
farha
takziah kepada keluarga adik aminurasyid.

anak2 saya masih kecil, dan saya sebagai rakyat malaysia ada hak untuk keselamatan di negara sendiri.

apa pun, macam mana pun, jenayah tetap berleluasa. ada saja orang yang melanggar undang2. dan kalau kita berdepan dengan penjenayah, apakah mereka akan berbelas kasihan dengan kita? sudah tentu jawapannya tidak! oleh itu, saya memberi 100 peratus SOKONGAN saya pada anggota polis kita.


kepada polis2 - teruskan usaha membanteras jenayah. berhati2lah dan amanah jalankan tanggungjawab.

LY
Kpa pelajar tu lari...sbb buat salah..
kpa tak berhenti apabila diarahkan berhenti....polis hanya menjalankan tugas...
husband wilina
siasat betul2 kenapa jenain tembak. kalau betul dia ikut sop bebaskan dia. tapi mak ayah arwah dah terang terang bersalah dan perlu dihukum sebab gagal halang anak dari buat kesalahan jalan raya
teru
Simpati kepada kepada Koperal Jenain Subi... Semoga Allah menunjukan kebenaran...
Saya berharap keluarga simati juga akan didakwa...kerana lalai dah cuai mendidik anak!
liza deen
Salam kepada Koperal Jenain dan PDRM. Tambahkan hati menempuh dugaan yang maha berat ini. InsyaAllah niat yang benar dan jujur akan Allah sahaja yang Maha Mengetahui.Allah tidak memberi ujian pada mereka yang sabar sahaja. Simpati pada Koperal dan keluarganya. Terdetik di hati ketika di waktu tengah malam dan awal pagi kegelapan di kala itu jualah mereka(anggota penguatkuasa) menjalankan tanggungjawab dan amanah kepada agama, bangsa dan negara, menjaga keamanan kita semua yang ketika itu diulit mimpi-mimpi indah. Namun tiada siapa yang menduga keadaan yang menjadi 'tamparan kuat' pada Koperal yang cuba seupaya menjaga amanah bertukar menjadi satu sejarah pahit buat dirinya dan keluarga selamanya. InsyaAllah pada Allah sahaja saya mohon pada Koperal dan keluarga berdoa kuatkan semangat dan tabahkan hati. Pada keluarga Aminulrasyid...Salam takziah.
Zendagi Heksafar
Berhati-hati dijalan raya.. Maksud yang sangat mendalam kepada semua pengguna tak kira sesiapa sahaja termasuk polis...
liza deen
Salam kepada Koperal Jenain dan PDRM. Tabahkan hati menempuh dugaan yang maha berat ini. InsyaAllah niat yang benar dan jujur akan Allah sahaja yang Maha Mengetahui.Allah tidak memberi ujian pada mereka yang sabar sahaja. Simpati pada Koperal dan keluarganya. Terdetik di hati ketika di waktu tengah malam dan awal pagi kegelapan di kala itu jualah mereka(anggota penguatkuasa) menjalankan tanggungjawab dan amanah kepada agama, bangsa dan negara, menjaga keamanan kita semua yang ketika itu diulit mimpi-mimpi indah. Namun tiada siapa yang menduga keadaan yang menjadi 'tamparan kuat' pada Koperal yang cuba seupaya menjaga amanah bertukar menjadi satu sejarah pahit buat dirinya dan keluarga selamanya. InsyaAllah pada Allah sahaja saya mohon pada Koperal dan keluarga berdoa kuatkan semangat dan tabahkan hati. Pada keluarga Aminulrasyid...Salam takziah.
halimhani
Takziah kpd keluarga Aminulrasyid...kpd Kpl Jenain...bersabarlah.
Zaman remaja mmg seronok. Tu yg kadang2 sampai langgar peraturan. Masa inilah ibu bapa perlu main peranan kawal anak2 lebih ketat. Tapi ada masanya terlepas gak...saya pernah jadi remaja.
Iktibar utk anak2...jaga tingkahlaku, jgn sesuka hati nak langgar peraturan.
Ibubapa pula ajar anak2 sebaik mungkin, pantau tingkahlaku anak2 anda
Untuk polis...kalau orang awan kena ikut peraturan...kamu juga kena ikut...dlm hal ni biar mahkamah tentukan. Teruskan berkhidmat untuk negara...
luk man
saya simpati kepada kpl jenin dan keluarga beliau semoga anda tabah mengahadapi dugaan ini apa yang saya nak katakan apabila berlaku sesuatu kejadian melibatkan anggota polis dan orang awam parti politik ngo dan para peguam berebut2 untuk membela atas dasar apa simpati/keuntungan politik/keuntungan duit/atau ikhlas untuk menolong ,kita tidak tahu.cuba kita fikirkan semula pernahkah para parti politik ini/peguam2 ini/ngo2 ini membantu dan memperbesarkan isu apabila orang awam di tembak atau dicederakan oleh orang awam lain/mendapat pembelaan yang dan dibesar-besarkan/atau menolong yang orang awam yang kena ini untuk menyaman kepada pelaku, saya rasa tidak, kerana tiada keuntungan kepada mereka-mereka ini.belum pernah lagi saya dapati orang awam yang terkena jenayah yang saya rasa lebih teruk lagi mendapat pembelaan dari mereka .apa yang ada menyalahkan polis kerana jenayah yang berlaku bukan kepada si penjenayah tersebut kenapa ini terjadi. adake kita dengar penjenayah kena saman tidak-tidak sama sekali kerana si penjenayah ini tiada duit/kerajaan ada duit jadi boleh saman/kalau menang untung beanyak kan fikir2kan lah
askar melayu
Tanggungjawab polis adalah menjaga keamanan dan ketenteraman awam,orang awam harus dilindungi,tembakan secara melulu tanpa usul periksa adalah dilarang sama sekali kecuali keselamatan terancam.Pihak keluarga arwah Aminulrasyid diharap redha dan sabar dalam menerima ketentuan ilahi ini,mungkin ini ada hikmahnya kepada kita semua dan pihak PDRM itu sendiri agar menjalankan tugas secara berhemah dan bertanggungjawab.Saya percaya kebenaran akan muncul jua..
samara sal
Diharap pihak yg berkenaan tidak akan terpengaruh dengan keterangan,laporan dan kenyataan dari pihak yg seolah-olah telah membuat keputusan bahawa anggota polis adalah dalam keadaan bersalah. Semua aspek hendaklah diambilkira terutama situasi dimana kejadian berlaku. Tidak perlu mendengar dan menerima kenyataan dari sebelah pihak yang dipaparkan di media. Sepekara lagi pemilik kereta dan ibubapa perlu dibawa kepengadilan kerana membenarkan remaja bawah umur memandu dan tidak mengawal tingkahlaku anak mereka
gpun74
setuju ngan L9.mat rempit & segala yg berkenaan.korang mmang x reti undang2 kan?aku rs baik golongan2 ni x ya tggal kat M'sia.bl da kompom bersalah da d sabitkan ngan kesalahan dorang..antar jer dorang ke negara2 yg hari2 beperang..tgok berani mati ker x..buat angota polis yg terlibat..anda bertenang,lum tau lg anda bersalah semasa mnjalankan tugas anda.buat kluarga aminulrashid..takziah.kematian arwah pasti terbela mengikut perlembagaan & undang2...mat2 rempit kawal diri kamu..hormati Undang2..hormati masyarakat sekeliling anda..
mohd shamsso
renung2kanlah ini.... kita sebagai manusia seorang hamba allah sudah ditetapkan qada' dan qadar...kematian seorang manusia tidak boleh dipercepatkan atau diperlambatkan walau sesaat pun oleh seseorang manusia...dan sesuatu perkara yang menyebabkan kematian itu hanyalah sebagai penyebabnya...hayatilah sedalam-dalamnya.....
Mat
Salam 1 Malaysia. Tersentuh hati bila tengok Buletin Utama semalam yang mana seorang anggota polis yang selama ini bertugas menjaga kaamanan negara dan masyarakat digari seolah-olah penjenayah. Baiklah, mungkin keluarga simati sedikit berpuas hati bila koperal Jemain telah didakwa. Tapi apakah pula pembelaan yang sepatutnya diperolehi oleh keluarga Koperal Jemain yang sewaktu keluar rumah dengan nawaitu untuk mencari rezeki buat keluarga sedangkan simati belum pasti nawaitu semasa keluar dari rumah samada untuk berpoya-poya atau bersukaria atau sebaliknya. Kalau nak ikutkan SOP, apakan tindakan yang sepatutnya yang diambil oleh seorang anggota polis jika bertemu dengan sesuatu yang mencurigakan?. Tentulah harus memeriksanya. Macammana nak periksa jika suspek terus lari. Diberi amaran suruh berhenti pun tidak diendahkan. Diberi tembakan amaran dan terkena tayar hingga bocor pun tak berhenti juga. Jadi jika anda seorang anggota polis, apakah yang anda fikirkan dan apakah tindakan yang anda akan ambil? Setahu saya polis berhak melepaskan tembakan amaran jika engkar arahan berhenti dan jika masih engkar polis berhak menembak kearah suspek....fikir...fikirkan lah....
mar
al-fatihah bagi keluarga mangsa.Untuk remaja-remaja diluar sana...jadikan ia sebagai pengajaran...diusia muda ini sepatutnya isikan masa dengan perkara yang berfaedah bukannya merayau tak tentu hala tanpa tujuan.Bagi ibu bapa harap waspada pergerakan anak kita, sepatutnya waktu lewat malam anak mesti berada di mana?Bila terjadi sesuatu perkara barulah nak menyalahkan orang lain.Nasib baik ketika kejadian itu remaja tersebut tidak menlanggar orang awam, kalau sebaliknya ...fikir-fikir lah kaum ibu dan bapa.Bagi anggota polis harap ambil tindakan yang waras...jangan bertindak mengikut emosi...
papa alon
harap kes ini tidak menjatuhkan semangat anggota PDRM untuk terus menjaga keamanan kita siang malam.
far
famyly aminurashid xkan takdak rasa besalah lansung..hurm...cuba cari punca pekara ni terjadi..smpai arwah pandai bwk keta pon tak tau..harap tindakan yg dikenakan ke atas polis tu bukan hukuman kesalahan membunuh..sekurang2nyer dia cuba menjalankan tugas dia..
misz aen
dalam kes ini seharusnya masyarakat tidak seharusnya menunding jari 100% kepada anggota polis.Meraka hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai anggota penyelamat.Pengadilan sewajarnya harus dibuat.Lihat dari pelbagai aspek dan sudut kenapa anggota keselamatan tersebut bertindak begitu.Silap sendiri juga,dah tau takda lesen,lari dari sekatan still nak drive,so bila dah jadi kes mcm ni..sendiri kena ingat la..apa-apa pun ajal maut ditangan tuhan...
alisaed
PENGAJARAN KEPADA ANGOTA MASYARAKAT DAN PENGAJARAN KEPADA ANGGOTA POLIS
Azha
Mungkin.. Kpl Jenain takde niat langsung nak tembak mati, tapi dah tertembak mati..

Mungkin.. Arwah Aminurasyid takde niat pon nak lari dpd polis, dah mlm tu takut dier lain macam..

Mungkin.. keluarga aminursayid akan lebih tenang kalau dapat memafkan.. sebab yg dh pergi tak boleh kembali..

Mungkin.. lagi elok kalau tidak dibawa ke mahkamah, tapi diadili secara tertutup (but mesti lah adil)..

Banyak kemungkinan..

Cuma pikirkan, Arwah Aminursayid dah tak ade, tapi anak2 dan isteri Kpl Jenain masih ada..

kira
Anggap shj la kematian itu adalah 1 takdir sejak azali lg..da ajal arwah adik aminulrasyid..klo arwah x mati cara begini, mngkn cara lain tp hakikatnye ajal die da smpi..sush nk terima, tp Allah lebih menyayanginye dr kte smua..utk keluarge koperal, bykkn bersabar..ade hikmah disebaliknye. bukan kah ujian adalah 1 tanda Allah menyayangi anda sekeluarga..maka dekatkan la diri kpdNYA..Hanya Dia Penolong kite..
mar
al-fatihah bagi keluarga mangsa.Untuk remaja-remaja diluar sana...jadikan ia sebagai pengajaran...diusia muda ini sepatutnya isikan masa dengan perkara yang berfaedah bukannya merayau tak tentu hala tanpa tujuan.Bagi ibu bapa harap waspada pergerakan anak kita, sepatutnya waktu lewat malam anak mesti berada di mana?Bila terjadi sesuatu perkara barulah nak menyalahkan orang lain.Nasib baik ketika kejadian itu remaja tersebut tidak menlanggar orang awam, kalau sebaliknya ...fikir-fikir lah kaum ibu dan bapa.Bagi anggota polis harap ambil tindakan yang waras...jangan bertindak mengikut emosi...
Hassan
Saya sebagai anggota polis amat sedih dengan penangkapan rakan saya. saya berasa siasatan perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini. adalah tidak adil bagi menuduh poils membuat begitu.
jebat
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.Tuhan tahu niat anda Jenain banyak bersabar selagi ada orang yang tak menghormati undang undang dan tak tahu nak jaga anak dan yang masih degil tak mahu berhenti bila Polis arahkan akan ada lagi kes saperti ini.Hidup Jenain
Tengok
Harap bersabar abang polis. Polis hanya menjalankan tugas. Banyak tanda tanya di pihak arwah. Biar mahkamah menentukannya.
hanazira
Astafirullah.. Entah lah.. ssgh menyedihkan tuk ke 2-2 pihak.. Sukar tuk menyalahkan sesiapa. Hanya Allah yg maha MENGETAHUI.. semoga ke 2-2 nya mendapat keadilan yg bijaksana.
lia,
bersabarlah....
L9
Salam Satu Malaysia...Kepada Mat Rempit, samseng jalanan dan road bully anda sekarang boleh boleh buat sesuka hati diatas jalanraya... Sebabnya kalau anda buat salah, keluarga anda gerenti "SUPPORT"... Kepada keluarga Kpl Jenain saya harap anda sekeluarga bersabar dan banyak2kan berdoa... Kesian anak2 dia sape nak jawab kalo pegi sekolah kena cemuhhhh... Kepada warga PDRM jgn lah EMO... bila menjalankan tugas, Beza2 kan lah antara polis malaysia dan polis koboi. Kepada keluarga Adik Aminulrasyid saya sampaikan salam takziah....yang bukan kepada2 tu jgn lah nak jd loyar buruk dan hakim karaoke. Baik mendengar dari bercakap....
memey
jangan terlalu cepat membuat andaian yang melulu terhadap keluarga mangsa.kesalahan beliau dengan membawa kereta tanpa lesen memandu dan dibawah umur,adalah diakui.justeru tidak boleh dielakkan.akan tetapi,pihak polis tidak boleh bertindak sedemikian terhadap remaja tersebut.tindakan yang dibuat adalah tidak wajar sama sekali.cuba direnungkan sejenak,jika perkara sedemikian berlaku dalam komuniti keluarga kita sendiri.
AMIanna
Salam..
Kasihan polis tue.. die x berslh pn sbnrnyerr... mmg keadaan mlm tu buat dier trpakse melepaskn tembakan. tp dah bagi amaran kn.. Tapi maybe gak Arwah dlm ketakutan sgt2 sbb drive xde lesen n curik keta kakak nyer.., ketakutan tu melebihi takut pd peluru pistol2 tue...
AAhmad
Jadi apa tindakan yang diambil terhadap keluarga AmirulRasyid? harus diingat, kesalahan membawa kenderaan tanpa lesen, oleh budak bawah umur, tuan punya kereta boleh didakwa...apa tindakan seterusnya Tuan Peguam Negara??!
hj_ahmadothman@yahoo.com
Dakwa keluarga amirul kerana mereka tidak bertanggungjawab, cuai,membiarkan nak melanggar undang-undang. Budak baik pukul 2 pagi ada dalam bilik sedang tidur atau ulangkaji pelajaran atau sedang solat tahajud bukannya atas jalan mengundang musibah. Gari tangan keluarga amirul bukannya koperal yang hanya melaksanakan tugas dan ini memberi kesan yang negatif kepada anggota dedikasi dan komited menjalankan tugas dan saya sangat sediah melihat nasib koperal yang seolah beri susu di balas dengan tuba/racun. Fikirkan semua rakyat malaysia yang bijak pandai
liza
Pada pandangan saya ada 3 kesalahan:-
1- IbuBapa:- Pasti ini bukan kali pertama anaknya keluar mlm dan memandu tanpa lesen. Dah tau anak ni tak mendengar kata, kenapa tak pantau dgn lebih teliti...chek pergerakan anak tu selalu...apa dia buat, mana dia pegi, sapa dia jumpa.....Kenapa lepas tangan?
2- Anak:- Nape tak mendengar nasihat ibubapa? Tak sayang ke ibubapak? Tak pikir ke bila apa2 terjadi, mak bapak jugak akan susah? Lupa ke awak tu bawah umur?
3- Polis:- Memang anda telah menjalankan tugas anda. But what make you shoot him? Adakah mengikut SOP? Kalau di buktikan anda telah megikut prosidur, anda tidak bersalah. Yg bersalah adalah ibubapa, anak2 bawah umur adalah dlm tanggung jawap ibubapa..
misz aen
dalam kes ini seharusnya masyarakat tidak seharusnya menunding jari 100% kepada anggota polis.Meraka hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai anggota penyelamat.Pengadilan sewajarnya harus dibuat.Lihat dari pelbagai aspek dan sudut kenapa anggota keselamatan tersebut bertindak begitu.Silap sendiri juga,dah tau takda lesen,lari dari sekatan still nak drive,so bila dah jadi kes mcm ni..sendiri kena ingat la..apa-apa pun ajal maut ditangan tuhan...
orang kedah
ibu bapa remaja berkenaan tak patut dibiarkan terlepas.Harus di dakwa atau di ambil tindakan undang-undang.Punca kejadian ibu bapa tidak memberi perhatian kepada anak-anak.Kurang mengenali anak sendiri.
Yangretibase
Dakwa juga ibu Allahyarham kerana mengabaikan Perintah Allah:"Ya ayyuhallazi naamanu kuuanfusakum waahliikum naaara."
Iman
Kes ini mcm berat sebelah kerana publisiti lebih kpd mangsa yg ditembak, kita tidak tahu apa cerita pada yg menembak pula...kalau diungkai cerita, hal ini tak akan berlaku jika ibubapa/penjaga memainkan peranan utama dalam mengawasi gerak-geri anak-anak. Cuba fikirkan cerita asalnya bahawa mangsa dikejar oleh sekumpulan penunggang motosikal gara-gara dia telah melanggar salah seorang drp mrk, jika kumpulan penunggang itu berjaya menahan mangsa dan mencederakan hingga membunuh mangsa bagaimana pula? Memang Polis juga yg akan disusahkan & dituduh tidak menjaga keselamatan awam. Sepatutnya ibubapa/penjaga itu yg perlu didakwa dan dituduh di mahkamah atas kegagalan mengawasi gerak-geri anak-anak mereka hingga terjadinya tragedi malang ini. Persoalaannya...berlakukah peristiwa ini jika ibubapa/penjaga lebih peka terhadap t/jawab mendidik dan mengawasi anak-anak itu? Wajarkah pihak keselamatan dipertanggungjawabkan 100% dlm soal pemantauan dan pengawasan anak-anak sebegini?!
Muhamad Ruslan Abdullah
kesian pd Jenain Subi, secara peribadi, anda merupakan anggota polis yg sungguh berani... tahniah saya ucapkan...semoga tabah d dlm situasi skrg... Allah akan sentiasa d cc anda... amin
orang kedah
hanya kemalangan biasa..kopral jenain tak patut didakwa dan digari.ini boleh membunuh semangat untuk bekerja anggota lain.persatuan polis harus membantu dengan melantik peguam atau memberi sokongan moral.
hasnaol liwangsa
Cuba kita fikir....kenapa polis tembak ???? inilah persoalannya,buat kerja salah, tak buat lagi salah...andaikan dia rempuh polis dan berlaku kejadian yang tidak diingini...apa komen anda..rasanya kita kena berlaku adil.Kita tidak seharusnya menyalakan satu pihak sahaja.
seli gunung
biasalah tu abg2 polis kena sabar lah cikit,tp nk buat mcm dah membabitkan kehilangan nyawa manusia so banyak2 lah berdoa n kepada abg polis yang di luar sana tu jgn duk suka2 nk lepaskan tembakan tgk dulu keadaan tp jgn smpai kena tembak kat penjenayah lak
zul
bg sye, x yah la nak bgtau some detail polis tu....nanti nampak mcm nak mnghina bangsa orng lak....melayu kita sndiri salah x nak tunjukkan identiti, bile bangsa orng len, nak tunjukkn lak...ape la berita harian ni....sensetive la benda ni....penulis mmng bodoh...
rizal
biarlah kes ini ditentukan di mahkamah...kita akan lihat kebenarannya.sebagai seorang insan yang pernah melalui detik2 seperti keluarga anggota polis ini saya berharap kuatkan semangat dan sabar menghadapi dugaan ini.insyaallah,tuhan sentiasa bersama kita jika kita tidak bersalah..
samara sal
semasa kejadian polis dalam situasi yg betul..menjalankan tugas..mengsyaki dan mengambil tindakan. Bagaimana kalau dlm kejadian itu pemandu dan penumpang adalah penjenayah? Masa kejadian dan apa yang dilakukan tidak layak untuk dilakukan olih seorang remaja yg dikatakan seorang yg baik olih waris2nya..ia hanya akan dilakukan remaja liar yang tidak bolih dikawal olih ibubapa dan itu pun kalau ibubapa tidak bersekongkol dengan perangai anak
syamil
Syabas kepada Pihak polis kerana membuktikan bahawa tiada sesiapa yg mengatasi undang-undang dan membuktikan polis telus dalam menjalankan tugas.
hanazira
Astafirullah.. Entah lah.. ssgh menyedihkan tuk ke 2-2 pihak.. Sukar tuk menyalahkan sesiapa. Hanya Allah yg maha MENGETAHUI.. semoga ke 2-2 nya mendapat keadilan yg bijaksana.
wan.
Saya amat bersimpati pada anggota polis dan keluarga tersebut. Sepatutnya beliau tak perlu digari ketika dibawa ke Mahkamah untuk pendakwaan, beliau hanyalah seorang polis yang menjalankan tugas dan bukan nya seorang penjenayah. Beliau adalah mangsa keadaan ketika menjalankan tugas. Pada pandapat saya, beliau tetap anggota polis yang akan bertanggungjawab atas kejadian tersebut. Dan saya juga syorkan buat pendakwaan kepada keluarga aminulrasyid kerana gagal mengawasi dan peka pada remaja tersebut. Keluarga aminulrasyid perlu bertanggungjawab juga.
zulayla77
takziah kpd keluarga Aminulrasyid. Tp Jenain tdk seharusnya digari seperti penjenayah pembunuhan bersiri. Ibubapa Aminulrasyid dan pemilik kenderaan seharusnya turut diambil tindakan atas kecuaian menjaga anak yg seharusnya sudah tidur di rumah pd pkl 2pg dan bukannya merayau di jlanan dgn kereta tanpa izin. Kpd keluarga Jenain, harap bawa bersabar dan semoga kebenaran dpt dibuktikan.
KimieChePeng
SALAM 1 MALAYSIA BUAT SEMUA. APA-APAPUN SAYA TETAP MENYOKONG KOPERAL JENAIN. NIAT MURNI ANDA UNTUK MENJAGA KEAMANAN TETAP KAMI SANJUNG. INSYAALLAH, KAMI DOAKAN KEBENARAN MENYEBELAHI KOPERAL. AMINN.. BUAT IBU BAPA, JAGA ANAK BETUL2..DAH JADI MACAM NI SEMUA PIHAK AKAN SUSAH..
alone
salam perpaduan.
saya terlalu sedih bila membaca berita ini, apa yang dilakukan oleh anggota polis tersebut hanyalah untuk memenuhi tuntutan tugas bagi menjaga ketenteraman awam. anggota polis tersebut telah menjalankan kewajipannya tetapi telah dibalas dengan tidak adil. sepatutnya ibubapa simati juga didakwa dibawah akta kanak-kanak atau kata pengangkutan jalan kerana tidak bertanggungjawab. sekiranya saya berada dalam situasi anggota polis tersebut, saya juga akan melakukan perkara yang sama, pemandu kereta tersebut mungkin mempunyai senjata dan hanya menunggu peluang menembak ke arah anggota polis tersebut.
pihak polis juga disarankan membantu anggota polis ini dalam perbicaraan di mahkamah, sepatutnya pihak polis membantu mangsa membayar wang jaminan, ADAKAH PIHAK POLIS TIDAK KASIHAN DENGAN ANGGOTANYA YANG DITUDUH DIMAHKAMAH KERANA MENJALANKAN TUGAS YANG MURNI???????? WALAUPUN ANGGOTA TERSEBUT MASIH BELUM DIBUKTIKAN BERSALAH, TETAPI SAYA PASTI PIHAK POLIS TELAH MENGHUKUM ANGGOTA TERSEBUT DENGAN MENGAMBIL TINDAKAN TATATERTIB.POLIS, POLIS, POLIS, POLIS, BANGUNLAH MEMBELA ANGGOTA ANDA.
saya juga cadangkan agar diadakan derma/kutipan oleh pihak BIJAKPANDAI bagi membantu keluarga anggota polis ini dalam MEMBAYAR KOS JAMINAN DAN PERBICARAAN seperti wang pernah dilakukan terhadap kes raja petra (RPK). KASIHAN TERHADAP SIMATI TETAPI LAGI KASIHAN KEPADA ANGGOTA POLIS TERSEBUT. SAYA DOAKAN AGAR ANGGOTA POLIS TERSEBUT AKAN TIDAK DIDAPATI BERSALAH OLEH PIHAK MAHKAMAH.
ahmad albab
sorang org awam mati...dh kecoh satu malaysia...habis dari dlu byk anggota yg cacat dan mati..ade pihak media dan org awam ambil kisah..waktu kita kita tidur nyenyak..ade kita fikir mereka bertukus lumus menjaga kita...
Mizi
Apa yang saya rasakan kedua-dua pihak ada salahnye. bagi pembaca diluar sana jangan tertelu taksub menghukum mana-mana pihak kerana kita bukan hakim atau juri yang ada pada masa kejadian. Pihak polis pd amatan sy perlu lebih releven dan professional dalam melaksanakan tugas dengan mengikut etika. manakala ibu bapa Allahyarham perlu juga dipertanggungjawabkan ats kesalahan membenarkan anak mereka memandu tanpa lesen yang sah, cuba kita fikir sejenak andai masa pergelutan inseiden kejar mengejar tersebut tidak diberhentikan pemandu tersebut jelas dan terang dinyatakan oleh saksi kejadian bahawa pemanduan adalah dalam keadaan yang AMAT membahayakan pengguna lain. andai pd masa kes tersebut berlaku kemalangan melibatkan pihak lain dan kematian oleh kecuaian pemandu bawah umur.. SIAPA NK BERTANGGUNGJAWAB? NAK TUDING SIAPA? namun pihak polis pula tak lah pula boleh sewenang2 lepaskan tembakan sehingga kematian. walau pelajar tersebut bersalah namun tiada pelajar tersebut tiada senjata.. WAJARKAH PIHAK BERKUASA MELEPASKAN TEMBAKAN? jawapan biarlah pihak mahkamah tentukan... semoga kedua pihak dan masyarakat mengambil iktibar dan pengajaran. jgn terbiasa menuding jari tanpa sebab..
bukan polis
polis yg berpengalaman begitu perlu dibela dan dijaga kebajikannya / keluarganya... mana persatuan polis?! janganlah digari dan diperlakukan seperti dia sudah terbukti bersalah... lepas ni dakwa pemilik kereta dan ibu bapanya pula kerana cuai baru adil... kalau dah masih remaja bawa kereta di awal pagi dalam keadaan mencurigakan dan "hampir" merempuh polis dan melarikan diri nak kata apa lagi kalau bukan PENJENAYAH! sedarlah diri sikit.
jai
kita sama2 akan doakan anggota polis ini dan memberi kesedaran kepada rakyat malaysia tentang kewujudan POLIS DI RAJA MALAYSIA adalah amat penting bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman rakyat MALAYSIA
Polis
Bila Pihak Polis tidak sengaja melakukan kesilapan dengan niat yang baik dan mulia dikecam pelbagai pihak,apabila anggota Polis kena langgar atau cedera semasa menjalankan tugas disebabkan penjenayah tiada siapa pun tampil memberi komen mengenainya. Mana keadilan untuk pihak Polis..kepada golongan berkenaan jangan politikkan isu ini. Sabar Kpl Jenain,walau apa oun terjadi warga PDRM tetap memberi sokongan kepada kamu biarpun ada pihak mengatakan kita menegakkan benang yang basah...niat yang baik pasti dibalas dengan balasan yang baik...
Hairi
walaupun saya bukan anggota polis..tapi tindakan koperal itu adalah tindakan yg berani..klu kendera yg memecut dari pemeriksaan polis pada awal pagi..dah melarikan dari dan terbabas..walhal amaran untuk memberhentikan kenderaan telah di keluarkan. Itu boleh dikira penjenayah yg melakukan jenayah berat sahaja yg melarikan diri. Secara jujurnya..jika sy memandu tdk mempunyai lesan...kena tahan oleh polis..sy akan berhenti..knp nak ambk resiko melarikan diri..kt sendiri tahu unit peronda akan mengejar kt sehingga dpt..tahniah pada pasukan polis dan salam takziah pada keluarga mangsa.
samara sal
satu contoh tekanan kepada anggota penguatkuasaan terutama semasa menjalankan tugas. Kadangkala didalam keadaan terdesak satu keputusan segera perlu diambil tanpa menyedari tindakan itu akan mengambil risiko kehilangan nyawa, kerjaya, namabaik dan hartabenda. Namun begitu syabas kerana tugas dan tanggungjawab sudah dijalankan. Apabila sudah begini tidak perlu kita membuat andaian siapa betul dan siapa salah
Jove
cakap memang senang...cuba kalau anak yg mati itu anak anda...cuba kalau dikejar tanpa tembak-menembak...kalau budak tu melepaskan tembakan, barulah menembak...senangnya manusia mati...tapi yang hidup itu lagi sengsara...saya tak nak salahkan sesiapa, tapi bagi saya, kadangakala...menggunakan hati lebih bagus dari logik...
zun
Tidak adil.bagaimana dengan tanggungjawab ibu bapa menjaga anak2.Remaja itu yg bersalah,klu dah melarikan diri dari polis dikira sebagai penjenayah le.polis mana tahu dia remaja.polis dah melepaskan tembakan amaran.Tak pasal-pasal polis jd mangsa.Org poloitik pun satu masuk campur,sbb tu depa cari kambing hitam tuk disalahkan.
Akhyar Moustaffa
pada dia pun kesian, pada kluarga si mati pun kesian. bila dah terhantuk baru nak terngadah...Untuk kita yang lain ambillah pengajaran. Kuatkan penggantungan pada Tuhan melalui pemahaman terhadap Islam yang sebenar.
jjj
kalau mcm ni tidak payahlah anggota polis buat kerja bersungguh sungguh..buat rondaan sekadar syarat ja..jumpa suspek TUTUP MATA...hujung bulan terima gaji ..
mubc
Pasal X jaga anak, menyusahkan org lain.
DAIHATSU
Betul atau salah biar PDRM dan pihak mahkamah yang tentukan... kepada mana2 anggota polis yang berkhidmat dengan penuh dedikasi dan ikhlas jadi perkara ini sabagai satu peringatan..!!! Kepada mana-mana individu fikirkan sejenak dunia tanpa penguatkuasaan undang-undang. "Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelangga".
wilina
kita kena lihat dari kedua aspek. pertama untuk diri pelajar tersebut. bagaimana seorang pelajar yang berumur 15 tahun boleh keluar lewat malam dan memandu kenderaan tanpa lesen yang sah????sedangkan sepatutnya pelajar seusia itu perlu berada di rumah pada waktu tersebut...pelajar tersebut sepatutnya menumpukan kepada pelajaran kerana jika dilihat dari usia, pelajar tersebut akan menduduki exam yang besar (PMR)...jadi sepaptutnya keutamaannya adalah kepada menumpukan pelajaran dan bukannnya bersukaria di tengah malam...dari aspek pihak polis pula sekiranya mengikut peraturan, seseorang anggota polis tidak boleh sewenang-wenangnya melepaskan tembakan kepa pihak awam..tapi mungkin pihak polis terbabit mempunyai alasan kenapa beliau terpaksa membuat tindakan tersebut...tepuk dada tanya minda....semoga pihak mahkamah mengadili kes ini dengan telus...yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar....
Sofia Hayati Yusoff
Saya merasa sangat tidak puas hati dengan apa yang sedang berlaku. Sebagai seorang ibu, saya faham perasaan ibu adik Aminulrasyid. Walaubagaimanapun, saya tertanya2, bagaimana anda boleh mengatakan yang ada sangat mengenali anak anda sedangkan anda tidak tahu/sedar dia keluar malam? Jika benar anda mendakwa anda sangat2 mengenali anak anda, adalah amat salah jika anda membiarkan dia mampu memandu kereta pada usia semuda itu. Kalau anda katakan anak anda boleh memandu kereta diluar pengetahuan anda, ini bermakna anda sebenarnya tidak mengenali anak anda. Sejak awal kes lagi saya sudah sangsi dengan dakwaan keluarga anda mengenai diri anak anda, ditambah pula selepas 'press conference' yang dibuat utk saksi utama kes, iaitu kwn Aminulrasyid. Dari cara percakapan beliau, susunan ayat dan plot yang disampaikan, saya cukup2 sangsi. Jika di akhir kes, koporal ini didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman, tidak bermakna dia 'benar2' bersalah di mata Tuhan. Saya jauh lebih bersimpati kepada nasib korporal ini yang semata2 menjalankan tugas dari apa yang telah menimpa arwah adik Aminulrasyid. Semoga Allah SWT akan menunjukkan kebenaran di akhir episod kes ini.
Mohd Zuhar Haron
Inilah cabaran dalam kita menguatkuasakan undang-undang. Kesilapan yang tidak disengajakan boleh mengubah kehidupan kita
rose
Tugas anggota polis adalah utk menjaga keamanan.kenapa remaja yang berusia 15 tahun dibenarkan oleh ibubapa nya utk memandu kereta.pihak2 yang berkenaan tak perlu melenting menyalahkan pihak polis. kalau ada anggota polis yang terkorban kerana mat rempit atau sebagainya ada tidak orang awam ambil peduli?..fikir-fikir kan lah..
topeq
masyarakat yg mengecam tue pandai sangat ker dalam bab undang2... klo pandai amik tindakan terhadap bapa budak tue kerana lalai dan memberi ank dier memandu didalam keadaan mencurigakan dan merbahaya dah la xder lesen... klo x ank dier boleh dibuat tuduhan bahawa die mencuri kenderaan keluarganya....
Azizul
Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak, yang bersalah tetap bersalah.tetapi persoalan saya mengapa budak bawah umur boleh memandu di waktu sebegitu, tanpa lesen memandu..yang menembak hanya menjalankan tugas, tetapi yang ditembak kenapa perlu keluar malam tanpa lesen.kesimpulan saya budak bawah umur jgn keluar malam dan ibu bapa harus memainkan peranan..
Mohd Nor
Saya amat sempati kpd beliau,demi tugas dan tanggung jawap kpd negara tapi saya terkilan mengapa kadar wang jaminan nya tidak ditanggung olih kerajaan Malaysia memandangkan kejadian itu dlm tugas resmi mana tanggung jawap majikan nya (PDRM).
lily
tidak adil hny 1 pihak menanggung susah..dicadangkan ambil tindakan kpd ibu bapa aminulrasyid krn tiada pengawasan kpd remaja bawah umur..jgn menuding jari pd 1 pihak jek tp jari lain menuding ke arah awk..
Thirumurthi
tidak sokong tindakan mendakwa polis...mereka hanya menjalankan tugas sahaja. Mereka tidak pecah masuk rumah dan tembak remaja yang sedang tidur pada masa itu...
Airshark segar amat
Salam 1 Malaysia. Berapa lama masa diperlukan untuk belajar memandu kereta sehingga cekap, mampu mengelak polis, sehingga "biasa" dengan kereta tersebut? 1 hari? 1 minggu? Siapa punya kereta, boleh pula penjaganya benarkan belajar? Sekarang, nak menyesal pun tak dah tak berguna
farid
salah ke tidak blm terbukti lg... yg mnjadi isunya ialah, apakah justifikasi pihak polis utk mnembak suspek yg dianggap pnjenayah? kes di n9 juga hmpir serupa. cuma suspek x ditembak mati. ingin sgt melihat pkmbangan kes ini.
Ridzal Yusof
Saya sangat kesian dengan nasib Koperal Jenain Sub. Beliau menjalankan tugas yg menjaga keamanan negara. Tugas yg murni. Saya menyokong sepenuhnya apa yg beliau telah lakukan.
hadi othman
Kalau saya duduk ditempat pegawai polis terbabit, mungkin saya juga akan mengambil tindakan yang sama berdasarkan masa, tempat dan situasi kejadian. Takziah kepada keluarga Allahyarham tetapi mereka juga perlu bertanggungjawap atas apa yang berlaku.Pegawai ini perlu dibela - ikhlas
Leexa
Simpati untuk kedua-dua keluarga. Yang melanggar undang-undang itu memang salah, tapi yang menlaksanakan undang-undang dan tanggungjawab diberikan bekerja ikut akal bukan ikut perasaan.
arakian
tahziah buat keluarga aminulrasyid..... untuk kpl jenain niat yg jujur menjalankan tugas dan membenteras jenayah akan dibalas baik.. insyallah..
stick muda
Kena ada yang bertanggungjawap ke atas kematian arwah aminurashid..walaupun hakikatnya sukar untuk kita terima.
Mohd Salim
Komen saya jangan suka menuding jari pada orang lain, sepatutnya pemilik kenderaan pon hendaklah di dakwa atas kecuaiian. jika lah maruah yang di cari, kenapa kita sering menyalahkan orang lain sedangkan diri sendiri tidak disalah kan. kenapa tak dijadikan itibar pada pengajaran yang sudah2. perkara ini bukan sekali, tetapi sudah beberapa kali berlaku. tetapi masih juga berulang. ibu bapa berperanan amat penting dalam mendidik (menjaga) anak2. harapan kedua2 pihak pihak berkuasa dan penjaga berfikiran matang dan waras. jangan ikutkan naluri, hati dan perasaan untuk membuat satu2 keputusan
luqman
Sedih sangat-sangat... apa lah nasib seorang yang menjaga keamanan negara tak kira siang dan malam, kini jadi mangsa, sedih mangenangkan nasib keluarga beliau, mana pihak-pihak yang harus membantu beliau, mana??? Kalau beginilah nasib seorang yang berjasa kepada rakyat dan negara, apalah gunanya. Dengan diheret ke sana ke sini itu pun sudah satu hukuman, diminta jaminan lagi. Tiada kah kaedah yang lebih berkhema agar perkara seperti ini tak memburukan keadaan keluarga angota berkenaan. Ini keluarga si mati pula seolah-olah mendapat pembelaan, kita tahu mana si mati itu baik???
Teruk betul...........
jamaliah
kerja polis memang kerja sukar..polis pun tak ada niat nak tembak..apa lagi seorang budak.ini semua masa keadaan..yang beliau sendiri tak sangka jadi begini.susah jadi polis. tembak salah ..tak tembak pun salah...
Idda
Simpati kepada anggota keluarga polis dan keluarga mangsa. saya juga mempunyai anak lelaki, sebagai ibu saya akan memastikan anak saya berada dirumah sebelum pukul 10 malam dan semua kunci kenderaan berada ditangan saya bagi memastikan anak saya yang tidak mempunyai lesen memandu menyalahgunakan kenderaan. Kita perlu berfikir sekiranya kita berada pada keadaan anggota polis terlibat, kerjayanya menuntut untuk menjaga kententerman awam dan waktu bila kejadian itu berlaku. Apa-apa pun kita jangan jadi hakim, biar mahkamah yang menentukan.
FAHRIN
Saya sedih sangat tengok gambar Polis ini yang digari dan merenung kebawah. Beliau bertugas untuk negara dan mecari rezeki. Keberanian dan ketegasan beliau kini menjadi tamparan kepada diri dan kerjayanya.
LAILY MARDIANA RIDZUAN
Simpati sangat...harap beliau tabah menghadapi segala ujian dari allah s.w.t. Saya sekeluraga doakan yang terbaik untuk En. Jenain Subi
naz_93
Bersemanggatkah lagi anggota lain untuk meguatkuasakan undang2 ????
bujal
Kesian keluarga arwah Aminulrasyid kerana anaknya mati ditembak dikepala..
uG5689
Al-Fatihah kepada arwah aminulrashid...
diharap keluarga anggota polis juga banyak2 bersabar... kes begini kalau polis tembak penjenayah dan penjenayah mati semua puji polis bagus...tapi bila polis "TERTEMBAK" remaja yang cuba melarikan diri pada AWAL PAGI maka polis dianggap tak profesional.... sume POLIS yang salah....
JANGAN sampai nanti PENJENAYAH semakin mudah membuat kerja diaorg sebab polis tak boleh melepaskan tembakan....
diharap juga SOP bagi melepaskan tembakan diperjelaskan lagi kepada setiap anggota yang bertugas....
JANGAN la nak MENGHUKUM polis salah...bukan dia TEMBAK budak tu time tengah main bola ye....
sekarang ni mat rempit bermotosikal pn berani rompak, rogol dsb kepada wanita2 dan juga pengguna jalan raya...so tak semestinya ada senjata diaorg ni boleh melakukan jenayah... PDRM perlu memperbaiki imej mereka yang telah tercalar.... tapi ada juga tgk polis2 muda yang macam mat rempit...mungkin sebelum jadi polis diaorg ni pn budak2 yang tak berapa ok... jadi calon polis kena la ditapis betul2...jangan jd polis koboi....
joe
SANGAT SIMPATI KEPADA BELIAU..'Detik itu' hanya bermula dengan niat menjadi rezeki dan menjaga keamanan negara, terus bertukar secara DRASTIK menjadi 'titik hitam' kepada dirinya dan masa depan keluarganya.. Hanya kerana seorang hamba Allah yang melanggar undang-undang...
NORLIANA
baikkah seorang anak seusia itu keluar lewat malam, memandu kereta tanpa lesen, membawa kereta tanpa kebenaran??????? tepuk dada tanya minda..kalau andalah ANGGOTA POLIS yang bertugas pada malam itu apakah tindakan terhormat,terbaik,terancang,terperihatin,terberhati;hati yang ANDA akan lakukan????????
aida
Polis ini hanya menjalankan tugas. Cuba selidiki mengapa polis ini melepaskan tembakan dan mana polis tahu yg drive tu budak bawah umur.
julia
kasihannya.
Baby
Kita tak pasti apa sebenarnya berlaku. Tapi ambillah ini sebagai peringatan dan iktibar. Pada golongan muda, ingatlah, setiap perbuatan kita dari terbitnya siang hari hingga terbenamnya matahari, semua itu mesti mendapat keredhaan ibu-bapa. Manakala, bagi golongan tua, berfikir sebelum menilai dan melaksanakan sesuatu adalah perlu bagi mengelakkan perkara buruk berlaku kepada kita dan sekeliling. Kepada keluarga mangsa, Al-Fatihah.
Mohdridzuan Abmuni
harap semua pihak ambil pengajaran dari kejadian di atas. tolong jangan jadi peguambela, pendakwa dan hakim di media. biar mahkamah tentukan kebenarannya.
maarof bin ahmad
assalammualaikum di sini saya sangat bersimpati dengan anggota polis yang terlibat dan keluarga,saya di sini ingin memberi sedikit komen mengenaai remaja sekarang kerana mereka ini terlalu bebas tampa kawalan dari keluarga yang ketat bagai mana remaja tersebut baru humur 15 tahun sepatutnya berada di rumah bukannya berkeliaran di tengah-tengah malam, sekarang ini jenayah tak megira usaha,mengenaai tindakan polis tersebut saya tidak menyalahi pada pihak polis semata-mata sebab amaran dah di keluarkan pada remaja yang terlibat sehingga kejar mengejar pada pendapat saya anggota polis tersebut tak bersalah sekian terima kasih............
Hang Jebat
Buat kerja salah tak buat kerja pn salah... Apa nak buat. Mereka yang 'bijak pandai' fikir2kanlah isu ini. Mungkin akan datang pelajar kena jentik pn buat repot polis, cikgu kena gari & 'mereka yg b'pengaruh' mendapat sanjunga!!! Dunia dah akhir zaman rasanya...
ceplos
harap org yg bertanggungjawab akan mndpt hukuman yg setimpal kerana melibatkan nyawa,dan mmberi kesan yg mendalam terhadap keluarga si mati dan masyarakat


SERTAI KAMI DI FACEBOOK
iklan iklan
iklan

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker