SUNGAI BULOH: Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) mengekalkan bayaran dividen tahunan pada kadar 13 peratus dan lima peratus keuntungan ke atas simpanan anggota.

Pengerusinya, Leftenan Kolonel Hamisan Mian, berkata kadar bayaran dividen itu bersamaan RM88 juta manakala bayaran rebat tunai pula berjumlah RM5.6 juta.
"Pencapaian 2010 menyaksikan Koperasi Tentera memperoleh pendapatan RM187.35 berbanding RM162.3 juta pada 2009.


"Hasil peningkatan ini, Koperasi Tentera berjaya mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM159.9 juta dan aset terkumpul RM2.2 bilion," katanya berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Koperasi Tentera di Kem Sungai Buloh sebentar tadi.

Majlis dirasmikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.