Korea Selatan raih gangsa bola sepak

PEMAIN Korea meraikan kejayaan meraih gangsa acara bola sepak selepas menewaskan Jepun, 2-0.
Cardiff: Pemain bola sepak Korea Selatan meraikan kejayaan berganda selepas menewaskan Jepun 2-0 pada perlawanan penentuan pingat gangsa Olimpik, kelmarin yang memberi mereka pengecualian daripada menjalani perkhidmatan ketenteraan yang diwajibkan.
Pihak berkuasa Korea Selatan berjanji menggantikan latihan dalam pasukan tentera - yang diwajibkan - jika memenangi gangsa, dan mereka berjaya menyempurnakan misi itu di Cardiff.
Sama ada disemarakkan oleh kegembiraan hasil kemenangan atau rasa lega dapat mengelakkan tugas ketenteraan, jurulatih, Myung-Bo mendedahkan pemain gagal mengawal diri ketika meraikan kejayaan itu.
“Ia menjadi ‘bencana besar’ dalam bilik persalinan,” katanya. “Pemain jadi gila dan membaling semua barang. Saya tidak dapat masuk ke dalam dan terpaksa menunggu di luar sehingga sidang media bermula. Ia memang gila.”
Sebaik meminta pemain memberi tumpuan kepada karier mereka di kelab, Hong berkata pengecualian daripada tugas ketenteraan selama 21 bulan turut memberi manfaat kepada skuad kebangsaan Korea Selatan. - AFP