SEOUL: Korea Utara hari ini menggesa rakyat asing yang tinggal di Korea Selatan membuat persiapan bagi meninggalkan negara itu kerana mendakwa perang nuklear semakin hampir melanda Semenanjung Korea.

Amaran itu susulan beberapa nasihat yang dikeluarkan untuk Kedutaan Asing di Pyongyang demi untuk memastikan keselamatan mereka sekiranya perang meletus.
“Keadaan di Semenanjung Korea sekarang semakin menghampiri kepada perang nuklear," kata satu kenyataan.

“Ketika dalam peperangan, kami tidak mahu rakyat asing yang berada di Korea Selatan mengalami kecederaan," kata kenyataan itu yang disiarkan oleh Agensi Berita Korea. - AFP