header

Ku Li redah belantara 12 jam temui Orang Asli

TENGKU Razaleigh   bersalaman dengan masyarakat Orang Asli di Pos Hau ketika membantu calon BN  berkempen, semalam.
TENGKU Razaleigh bersalaman dengan masyarakat Orang Asli di Pos Hau ketika membantu calon BN berkempen, semalam.

Usia tak halang bersemuka pengundi, pastikan kemenangan BN

GUA MUSANG: Usianya 73 tahun dan tugasnya Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) DUN Galas. Namun, Tengku Razaleigh Hamzah, seorang veteran dalam politik dan pernah menjadi Menteri Kewangan sanggup meredah belantara hampir 12 jam untuk bertemu lebih dekat dengan pengundi Orang Asli.

Bagi memastikan BN mencapai kemenangan besar, `anak raja Kelantan’ itu menaiki pacuan empat roda berkonvoi bersama pasukan jentera BN seawal jam 8.30 pagi kelmarin melalui jalan tanah merah berdebu selama empat jam menuju ke Pos Balar. Walaupun menghadapi perjalanan yang sukar dengan beberapa kenderaan tersangkut dalam selut tanah merah, ia tidak mematahkan semangat Ahli Parlimen Gua Musang itu untuk mendengar rintihan dan keluhan masyarakat di situ.

Dalam ucapannya ketika pertemuan dengan lebih 100 penduduk Orang Asli di Pos Balar, Tengku Razaleigh berkata kehadirannya adalah untuk meninjau lebih dekat permasalahan bagi memastikan mereka turut mendapat pembelaan sama seperti rakyat lain.

"Kerajaan BN tidak pernah meminggirkan Orang Asli. Ia terbukti apabila kerajaan Pusat menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti klinik kesihatan dan sekolah serta peruntukan RM10.8 juta untuk pembangunan Orang Asli di Gua Musang," katanya.

Beliau berkata, ia berbeza dengan kerajaan PAS Kelantan yang kononnya hendak menjaga kebajikan Orang Asli, tetapi sanggup menggadai tanah yang diduduki mereka kepada pihak lain bagi tujuan pembalakan dan Ladang Rakyat.
"Kita akan berunding dengan kerajaan negeri supaya memberikan hak milik tanah kepada masyarakat Orang Asli untuk dijadikan tapak rumah, tanah perkuburan dan tanah pertanian supaya mereka juga mempunyai harta pusaka untuk diwariskan kepada generasi mereka.

“Ladang rakyat yang kononnya dilaksanakan untuk kebaikan Orang Asli hanya karut kerana mereka hanya menjadi kuli dan sedangkan Orang Asli mahukan tanah sendiri," katanya.

Selepas di situ selama sejam, Tengku Razaleigh ke Pos Hau, yang mengambil masa empat jam perjalanan lagi dengan laluan lebih sukar kerana hujan. Tanpa menghiraukan penat, beliau menunjukkan sikap pemimpin berjiwa rakyat melayan masyarakat di Pos Hau yang mempunyai kira-kira 200 penduduk.
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas daripada Barisan Nasional (BN) yang baru, Ab Aziz Yusoff mengangkat sumpah dihadapan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas memenangi kerusi DUN Galas di Sidang DUN di Kota Darul Naim Kota Bharu pada 11 November 2010. - Foto Syamsi Suhaimi
Nov 15, 2010 2:52 pm
PEGAWAI Pengurus Suruhanjaya Pilihanraya, Wan Mustapha Abdul Hamid mengisthiharkan kemenangan kepada Adun baru Galas, Ab Aziz Yusoff di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Sivik Gua Musang, semalam. - Foto Fathil Asri
Nov 15, 2010 2:51 pm
DATUK Mustapa Mohamed meninjau di pondok panas penyokong Barisan Nasional, di tempat peti undi di Kampung Pulai, di SRJK (C), Gua Musang, hari ini. Foto Izhari Ariffin
Nov 4, 2010 11:51 am
ORANG asli Pos Hendrop mula keluar menunaikan tanggungjawab mereka mengundi di Sekolah Kebangsaan Pos Hendrop. - Foto Zaman Huri Isa
Nov 4, 2010 11:45 am
ORANG asli Pos Hendrop membuat semakan nama mereka untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Pos Hendrop. - Foto Zaman Huri Isa
Nov 4, 2010 11:43 am
PENGUNDI membuat semakan di kaunter SPR, di tempat peti undi di Kampung Pulai, di SRJK (C), Gua Musang pada pilihan raya kecil Dun Galas, hari ini. - Foto Izhari Ariffin
Nov 4, 2010 11:31 am
ALIRAN trafik berhampiran Pekan Baru Gua Musang kelihatan sesak sempena berlangsungnya Proses Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Galas, hari ini. - Foto Yazit Razali
Nov 4, 2010 11:25 am
PENGUNDI awal pagi beratur di tempat peti undi di Kampung Pulai, di SRJK (C), Gua Musang pada pilihan raya kecil Dun Galas, hari ini. - Foto Izhari Ariffin
Nov 4, 2010 11:20 am
PRESIDEN KAFA, Tan Sri Annuar Musa (tengah) bersama Calon Barisan Nasional (BN) DUN Galas, Ab Aziz Yusoff (kiri) meraikan kejayaan pasukan bola sepak Kelantan memenangi Piala Malaysia bersama peminat dan rakyat Gua Musang di Dataran Kesedar, Gua Musang, Kelantan, tengahari tadi. - BH Online
Nov 1, 2010 6:14 pm
KETUA Puteri Bahagian Tumpat, Nik Fatimah Nik Salleh (depan) bersama petugas puteri UMNO Tumpat dan masyarakat orang asli ketika berkempen di Kampung Sangwai, Lojing, Gua Musang, hari ini. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
Oct 30, 2010 11:44 pm

Bela golongan muda, Orang Asli: Ku Li

Pautan Berkaitan