login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:29
16:47
19:29
20:39
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 23 Februari 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Sarawak
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Lapan angkat sumpah menteri Kabinet negeri


2011/04/19

  TUN Abang Muhammad Salahuddin menyampaikan watikah pelantikan menteri  kepada  Fatimah  di Dewan Undangan Negeri, di Petra Jaya, semalam.
TUN Abang Muhammad Salahuddin menyampaikan watikah pelantikan menteri kepada Fatimah di Dewan Undangan Negeri, di Petra Jaya, semalam.
KUCHING: Lapan bekas menteri negeri yang menang dalam pilihan raya Sarawak Sabtu lalu, mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai anggota Kabinet negeri yang baru semalam selepas Barisan Nasional (BN) sekali lagi diberi mandat membentuk kerajaan negeri.

Mendahului majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Tan Sri Alfred Jabu Numpang; Datuk Seri James Jemut Masing (ADUN Baleh); Datuk Seri William Mawan Ikom (ADUN Pakan) dan Datuk Seri Wong Soon Koh (ADUN Bawang Assan).
Turut mengangkat sumpah ialah Datuk Amar Abang Johari Openg (ADUN Satok); Datuk Seri Michael Manyin Jawong (ADUN Tebedu); Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (ADUN Lawas) dan Datin Fatimah Abdullah (ADUN Dalat).
Mereka mengangkat sumpah di depan Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya, di sini, semalam.

Majlis disaksikan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Morshidi Ghani. Hadir sama isteri Ketua Menteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib.

Semua menteri berkenaan belum ditetapkan portfolio masing-masing dan mereka akan menjalankan tugas mengikut portfolio sebelum DUN Sarawak dibubarkan bulan lalu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10, Sabtu lalu.

Abdul Taib, yang juga Pengerusi BN Sarawak, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabtu lalu setelah BN menang 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya negeri ke-10 itu.
Masing yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) menjelaskan, pelantikan berkenaan dibuat bagi membolehkan menteri yang dilantik semula melaksanakan tugas serta menentukan dasar dan dasar kerajaan sementara jawatan tetap mereka ditentukan selepas ini.

"Tiada pelantikan Timbalan Ketua Menteri atau sebarang jawatan lain dibuat, kecuali angkat sumpah lapan ADUN yang pernah memegang jawatan dalam kabinet bagi jawatan menteri penuh yang akan ditentukan portfolio masing-masing selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Fatimah memaklumkan, semua menteri yang baru dilantik semalam, dijangka dilantik semula mengikut bidang kuasa terdahulu, kecuali dengan beberapa perubahan pada jawatan seperti Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Muda.

SERTAI KAMI DI FACEBOOK
iklan iklan
iklan

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker